Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.so.nal] | ڤرسونل

Definisi : (bersifat) peribadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata personal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan personal telah boleh digunapakai seerti dengan peribadi. adakah ia bahasa inggeris @ telah dimelayukan?Padanan dalam bahasa Melayu bagi personal ialah peribadi, bermakna penggunaan personal tidak digalakkan kerana penggunaan istilah dalam bahasa Melayu diutamakan.Istilah10.05.2010
Mohon bantuan untuk terjemahan personal shopper; adakah pembeli peribadi, pembeli-belah peribadi atau ada terjemahan lain yang bersesuaian?Untuk makluman, istilah "personal shopper" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pembelian Peribadi.Penyemakan dan penterjemahan23.10.2018
Tuan, apakah terjemahan Personal Conflict dalam BM ialah Konflik Kendiri atau Konflik Diri

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'personal conflict' ialah konflik peribadi atau konflik diri.

Istilah10.11.2009
General Manager, director general, personal managerpengurus besar, ketua pengarah, pengurus personelMakna03.05.2007
Apakah istilah 'blogosphere' iaitu 'all the blogs (records of personal thoughts and opinions) on the internet, and the people who write or read them:' dalam bahasa? Terima KasihCadangan padanan bahasa Melayu bagi 'blogosphere' ialah blogsfera.Istilah23.06.2020
Dalam penulisan, utk rujukan ada istilah bahasa inggeris yang digunakan iaitu pers. comm (personal communication). sebagai contoh, "Terdapat banyak kejadian mencuri di Ipoh (Azmi, pers.comm.). Kalau dalam bahasa Melayu, apakah istilah yang patut digunakan? terima kasihCadangan terjemahan ialah komunikasi perorangan.Istilah29.04.2008
saya ingin mendapatkan makna istilah yang tepat dalam bahasa malaysia tentang: 1. i-pad 2. e-book 3. touch screen mobile phone 4. GPS (global positioning system) 5. PDA (personal digital assistant) 6. digital photo frame terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 
1.  i-pad - i-pad 
2. e-book - e-buku
3. touch screen mobile phone - telefon bimbit skrin sentuh
4. GPS (global positioning system) - sistem kedudukan sejagat (GPS)
5. PDA (personal digital assistant) - pembantu digital peribadi (PDA)
6. digital photo frame - bingkai gambar digital
Istilah16.05.2012
I want a complete list to give to the students for use in class, and for thier personal use in future. Thank you

Encik Gomez,

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menerbit senarai yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun, Saudara bolehlah merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain21.04.2010
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Saya ingin mendapatkan kepastian berkaitan terjemahan bagi perkataan Interpersonal Communication. Adakah ianya Komunikasi Antarapersonal atau Komunikasi Antarpersonal atau komunikasi Antara personal. Sekiranya ia adalah nama khas seperti nama jabatan, cth Interpersonal Communication Department maka apakah terjemahan di dalam bahasa melayunya? Terima kasih"Interpersonal Communication Department" boleh diterjamahkan dalam bahasa Melayu sebagai "Jabatan Komunikasi Interpersonal".  Terima kasih.Makna09.01.2018
Assalamualaikum Saya seperti nama dlm database En. ingin memohon artikel atau petikan atau yang seumpama dengannya yang bertajuk seperti di bawah untuk tesis bagi subjek BM yg didaftarkan pada semester ini: "Wajarkah penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sekolah." Personal Information Nama: Mohd Noorazam bin Aziz ID number: 061010387 Course: Pengajian Mikroelektronik Level: Degree Location: Universiti Malaysia Perlis Segala budi bicara baik Tuan amat-amat saya hargai. SekianSdr. Noorazam, Artikel berkaitan penggunaan bahasa telefon bimbit dan SMS pernah tersiar di dalam artikel majalah terbitan DBP. Sdr. boleh membuat rujukan judul melalui menu Katalog dalam Talian di laman web DBP. Dicadangkan sdr. mendaftar sbg ahli Rakan Dewan untuk mendapatkan kemudahan membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu Ibu Pejabat atau PDM Wilayah Utara (Bukit Mertajam) . Sila hubungi Pustakawan kami, di talian 03 2149 1037 atau emel kamariah@dbp.gov.my untuk mendapatkan bantuan penyelidikan bahan. Sekian. Terima Kasih.Lain-lain20.08.2007
12

Kembali ke atas