SALAM SY NAK TANYE CARA NAK MEMOHON JWTN DI DBP??? | Sdr, Semua permohonan jawatan kosong yang diiklankan hendaklah menggunakan Borang Personel 27/99. Borang ini boleh didapati dengan cara mengirimkan kepada Bahagian Pengurusan Personel, DBP ibu pejabat sampul surat beralamat sendiri/bersetem 40 sen, atau datang untuk mengambil sendiri di pejabat kami di alamat seperti yang berikut: Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sdr juga boleh memuat turun borang tersebut melalui laman web DBP. Kami ingin memaklumkan bahawa sdr boleh mengemukakan borang permohonan jawatan pada bila-bila masa. Namun sebaik-baiknya permohonan tersebut dikemukakan selepas sesuatu jawatan kosong itu diiklankan. | Lain-lain | 09.09.2009 |
Kenapa Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99),tidak dapat di muat turun. | Sila cuba semula untuk memuat turun borang permohonan jawatan. Saudara dicadangkan untuk menggunakan Internet Explorer bagi paparan yang lebih baik. Saudara boleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia DBP jika masih menghadapi maslah yang sama. | Lain-lain | 17.05.2013 |
Assalamualaikum....... Apa yang dimaksudkan dengan pertukaran personel antara jabatan? contohnya? | Mualaikum salam wbt, Maksudnya pertukaran kakitangan/staf/pegawai daripada suatu jabatan kepada suatu jabatan yang lain. Ia mungkin berlaku dalam jabatan yang sama tetapi lokasi yang berbeza atau mungkin juga melibatkan dua jabatan yang berlainan. Contoh: - Pegawai ditukarkan daripada Jabatan Pelajaran Johor kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. - Pegawai ditukarkan daripada Jabatan Audit Negara kepada Jabatan Pelajaran. Terima kasih. | Lain-lain | 25.02.2009 |
Penggunaan perkataan untuk menggambarkan 'kakitangan', 'staf' atau 'personel' kerajaan pada tahun 1970. Perkataan manakah yang lebih sesuai atau ada perkataan lain yang bersesuaian? Bagaimanakah cara ejaannya pada waktu itu? Terima kasih. | Perkataan yang sesuai digunakan pada masa tersebut ialah kakitangan. | Ejaan | 07.08.2013 |
General Manager, director general, personal manager | pengurus besar, ketua pengarah, pengurus personel | Makna | 03.05.2007 |
Salam Sejahtera' Tuan, Apakah perkataan bahasa Melayu bagi "PDA"? Terima Kasih! | Padanan personel digital asisstant (PDA) dalam bahasa Melayu ialah pembantu digital peribadi dan dalam bentuk singkatan PDA diterima. | Istilah | 26.09.2011 |
bagaimana ingin memohon peluang pekerjaan di DBP? | Isikan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh diperolehi di Dewan bahasa dan Pustaka atau dimuat turun melalui laman web :http://www.dbp.gov.my. Sertakan juga permohonan anda dengan dokumen yang berkaitan yang dapat menyokong permohonan tersebut. | Lain-lain | 19.01.2008 |
DI BAHAGIAN MANA YANG TERDAPAT PERINCIAN MENGENAI JAWATAN-JAWATAN YANG ADA KEKOSONGAN | Bahagian Pengurusan Personel merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan dalam urusan perjawatan DBP. Pemakluman untuk mengisi jawatan kosong akan dibuat melalui iklan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga melalui laman web DBP. | Lain-lain | 16.05.2008 |
saya ingin bertanyakan alamat jika ingin menghantar resume bagi jawatan yang mungkin ditawarkan. Terima Kasih | Sila hubungi Bahagian Personel, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 02.02.2012 |
borang kekosongan jawatan | Borang jawatan kosong boleh di cetak dari laman web DBP atau datang terus ke Bahagian Pengurusan Personel DBP untuk mendapatkan nya. | Lain-lain | 24.11.2007 |