Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata personifikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"jiwa lautan" yang melambangkan keadaan gelombang lautan menggunakan gaya bahasa metafora atau personifikasi? Terima kasih!Frasa "jiwa lautan" ialah contoh metafora yang menyatakan sesuatu makna yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan.Sastera08.03.2012
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistikPersonifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih.


Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~.


Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.
Makna15.07.2013
BERIKAN JENIS GAYA BAHASA SERTA MAKSUDNYA?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 440, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain

Personafikasi - memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak.  

Simile - unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunkaan perkataan seperti, umpama, bak , dan laksana untuk menunjukkan perbandingan.

Metafora - perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya.  

Alitrasi - pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak.

hiperbola - sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudari dalam hal ini. Terima kasih

Lain-lain08.01.2009
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulanganGaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu.Lain-lain03.10.2006
1)Apa perbezaan antara laras bahasa dan gaya bahasa? 2)Berikan kategorinya dan contohnya sekali.Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- Menurut Kamus Dewan, Gaya bahasa pula ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri dalam pelbagai kategori seperti personifikasi, metafora, simile, aliterasi dan sebagainya. Contoh gaya bahasa ialah - Api pelita meliuk-lintuk apabila dihembus angin. (Gaya bahasa personifikasi)-iaitu sikap manusia (meliuk-lintuk) yang diberikan kepada benda tidak bernyawa. Gaya bahasa sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak.Lain-lain03.07.2006
berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti berikut :Sebenarnya, kalaulah UMNO merupakan pertubuhan politik orang- orang Melayu yang terbesar, maka Utusan merupakan lidah orang- orang Melayu. Oleh sebab itu sesetengah orang pernah terkeliru terutama sesetengah wartawan berat yang mengatakan akhbar Utusan Melayu ini lidah rasmi UMNO, pada hal yang sebenarnya Utusan Melayu ini lidah orang-orang Melayu dan UMNO memang lidah rasminya sendiri. SOALAN : "UTUSAN MERUPAKAN LIDAH ORANG-ORANG MELAYU' sesuai tak diletakkan sebagai gaya bahasa personifikasi? Jika tidak sesuai, boleh tak berikan cadangan. terima kasih.Frasa "Utusan merupakan lidah orang-orang Melayu" tidak menunjukkan ciri-ciri personafikasi yang lazimnya digunakan dalam karya kreatif. Frasa tersebut hanyalah ungkapan umum yang dipopularkan oleh media.Lain-lain28.09.2012
adakah ayat ini gramatis? "Daun Melambai." Ayat ini saya ambil daripada ssebuah buku tatabahasa Melayu. Namun contoh ayat dalam kamus dewan bagi perkataan melambai adalah " Kereta api pun bergerak. Kulihat tangan suamiku melambai-lambai. sehubungan ini, adakah perkataan melambai mesti digandakan baru ia berfungsi sebagai kata kerja tak transotif? Berdasarkan contoh "daun melambai." Adakah penggunaan melambai dalam ayat di bawah ini betul / salah. "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik beradik Thomas melambai dengan Thomas yang akan bertolak ke London.1. Untuk makluman, perkataan "Daun Melambai" boleh digunakan kerana ia merupakan bentuk personifikasi iaitu;
 a. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni.
 b. perlambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih.

2. Selain itu, perkataan melambai tidak semestinya digandakan untuk berfungsi sebagai kata kerja tak transitif kerana kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek selepasnya. Untuk lebih jelas, rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 88.

3. Penggunaan ayat yang betul, "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik-beradik Thomas melambaikan tangan kepadanya yang akan bertolak ke London."
Tatabahasa18.08.2015
Saya amat keliru tentang jenis-jenis gaya bahasa. Soalan saya: i. Adakah kata ganda merupakan salah satu daripada gaya bahasa? kerana kebanyakan buku rujukan menyatakan kata ganda merupakan salah satu jenis gaya bahasa. Kalau betul, bagaimana pula dengan kata majmuk, kata nama, kata sendi nama, kata adjektif ? ii. adakah unsur bunyi seperti asonansi dan aliterasi merupakan salah satu daripada gaya bahasa?Kata ganda ialah bentuk kata dan bukan gaya bahasa. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa  kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Manakala gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain.
Tatabahasa04.07.2015

Kembali ke atas