Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ so. out of, memujuk sso supaya tidak: he ~ed her out of signing the contract, dia memujuknya supaya tdk menandatangani kontrak itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ so. of st, meyakinkan sso ttg sst: he was unable to ~ the court of his innocence, dia gagal meyakinkan mahkamah ttg ketidakbersalahannya; how are we to ~ him of the folly of such a decision, bagaimana harus kita meyakinkan dia ttg kebodohannya membuat keputusan spt itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ so. into, memujuk sso supaya: her mother tried to ~ her into accepting the young man’s proposal, ibunya mencuba memujuknya supaya menerima lamaran pemuda itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. make (so.) do st by reasoning, coaxing or urging, memujuk: they eventually ~d their parents to allow them to go, akhirnya mereka berjaya memujuk ibu bapa mereka supaya mengizinkan mereka pergi; you will never ~ him to agree, kamu tdk akan dapat memujuknya agar bersetuju; 2. induce (so.) to believe st, convince, meyakinkan: it will take a lot to ~ him that this is the only course of action possible, sukar utk meyakinkan dia bahawa itulah sahaja tindakan yg dapat diambil; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persuade


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Terima kasih.Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu.

Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada.  

 

Makna19.05.2018
Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" atau "pre-suasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Jika tidak, bolehkah pihak DBP memberikan cadangan perkataan lain? Terima kasih.Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu.

Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada.
Lain-lain19.05.2018

Kembali ke atas