Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Terima kasih. | Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu. Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada. | Makna | 19.05.2018 |
Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" atau "pre-suasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Jika tidak, bolehkah pihak DBP memberikan cadangan perkataan lain? Terima kasih. | Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu. Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada. | Lain-lain | 19.05.2018 |