Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertamanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
negara barat dan negara Barat. Perlukah Barat ditulis huruf besar untuk melambangkan nama khas?Nama khas dieja dengan huruf besar bagi huruf pertamanya. Oleh itu, perkataan barat sekiranya digunakan sebagai  nama khas maka huruf pertamanya hendaklah dieja dengan huruf besar, tetapi dalam konteks penggunaan umum huruf pertamanya dieja dengan huruf kecil.   Ejaan12.04.2009
Ejaan 'atlit' yang diguna sejak menuntut di U hingga kini saya menggunakan ejaan tersebut. Pertamanya sebutan adalah bersamaan dan kamus terdahulu meletakkan 'atlit'. Persoalan saya ejaan 'atlet' bersandarkan penggunaan sebutan 'e' taling atau 'e' pepet adalah tidak betul. Penulisan saya dalam semua buku, jurnal, tesis, memorandum dan nota jemaah menteri mengngunakan ejaan 'atlit'. Mohon pencerahan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete.Tatabahasa02.10.2014
Bilakah perkataan 'popular' dan 'aspirin' dipinjam daripada bahasa Inggeris dan digunakan dalam bahasa Malaysia buat kali pertamanya? Bilakah kedua-dua perkataan tersebut dimasukkan ke dalam Kamus Dewan?Perkataan popular dan aspirin telah dimasukkan dalam Kamus Dewan terbitan pertama pada tahun 1970.Istilah29.09.2015
Adakah seminar yang diadakan hanya pegawai DBP sahaja yang boleh menyertainya?Salam sejahtera, Seminar Anjuran DBP Pertamanya, terima kasih diucapkan kepada saudari atas pertanyaan yang dikemukakan. Untuk makluman saudari, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan pelbagai seminar dan khalayaknya pula tidak hanya melibatkan pegawai/karyawan DBP sahaja tetapi bergantung kepada bentuk seminar yang dianjurkan. Sekian, terima kasih.Lain-lain20.01.2022
Salam Sejahtera, Saya ingin membuat aduan tentang laman PRPM yang tidak berapa stabil dan konsisten sejak beberapa hari yang lalu. Pertamanya, sambungan ke laman terputus-putus dan keduanya, ketersediaan Kamus Bahasa Inggeris tidak konsisten, misalnya tidak boleh diakses dua hari yang lepas, kembali pulih semalam, namun tidak boleh diakses semula hari ini. Saya berharap laman PRPM dapat dipulihkan secepat mungkin agar terus membantu ramai penggunanya yang lain seperti saya. Terima kasih. Salam hormat, Puan GeethaSalam sejahtera,

Puan,

Maklumat dari Bahagian Sistem Maklumat menyatakan terdapat gangguan sistem dan sedang cuba diatasi.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.09.2019
Salam sejahtera. Pohon semak dua soalan di bawah, yang manakah satu lebih sesuai. 1. Ini gambar apa? Apakah ejaan huruf pertamanya? 2. Ini gambar apa? apakah huruf pertama bagi ejaan gambar ini? Terima kasih.Ayat yang lebih tepat:

Ini gambar apa? Apakah huruf pertama ejaan bagi objek dalam gambar ini?
Lain-lain12.12.2017
1. wujudkah perbezaan makna antara "di antara" dan "antara"2. adakah " rakan sahabat" melanggar hukum tatabahasa kerana rakan dan sahabat membawa makna yang sama? jelaskan. 3. "pertamanya marilah kita memanjatkan..." betulkah penggunaan "-nya" pada ayat tersebut. jelaskan. terima kasih.

Jawapan 1:
Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Jawapan 2:
Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum.

Jawapan 3:
Perkataan "Pertamanya...." pada permulaan ayat tidak sesuai digunakan, boleh diganti dengan perkataan "Pertama sekali,....".

Tatabahasa29.03.2013
Salam, beza antara penaakulan vs pentaakulan? Terima kasih

Kata dasar yang bermula dengan huruf t akan luluh huruf pertamanya dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar iaitu n apabila bergabung dengan awalan peN-. Perkataan yang betul ialah penaakulan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2199 dan Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) halaman 108-109.

Tatabahasa10.06.2024
saya seorang yang suka berkarya tetapi tidak berani menunjukkan bakat yang saya miliki...soalan,bagaimana saya boleh memberanikan diri untuk berdepan dengan pengkarya seperti saya ini?????
Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada saudari kerana mempunyai keberanian untuk bertanya tentang bakat dan potensi diri kepada pihak kami. Sebagai seorang manusia, setiap daripada kita mempunyai bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap hamba-Nya untuk kita melalui perjalanan hidup ini di muka buminya. Justeru, seseorang itu harus mencari dan meneroka bakat ada ada pada diri sehingga seseorang itu tahu bahawa itulah potensi dirinya yang sebenar dan seterusnya memberikan fokus kepada bakat tersebut. bakat yang dimaksudkan di sini ialah pelbagai jenis kemahiran semula jadi seperti memasak, bertukang, menjahit, dan termasuklah menulis atau mengarang. Memang semua perkara tersebut boleh dipelajari, namun bakat semula yang ada pada seseorang itu akan menjadi sesebuah hasil itu lebih baik dan tinggi mutunya.
Persoalan di sini sekarang ialah saudari merasakan diri seorang mempunyai bakat dan saudari juga telah menulis, tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah ketidak beranian saudari untuk menonjolkan karya saudari itu di khalayak ramai atau pembaca. Bagi kami, langkah pemula yang harus saudari ambil ialah yakin bahawa saudari harus menghantar karya saudari itu kepada mana-mana pihak penerbit. Langkah kedua, saudari boleh menyertai mana-mana bengkel penulis atau kursus penulisan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Langkah ketiga, saudari boleh mengikuti mana-mana seminar yang berkaitan dengan kesusasteraan atau penulisan. Semua langkah yang diberi ini akan menambahkan keyakinan saudari terhadap diri sendiri dan bakat yang ada.
Seterusnya, saudari juga harus berani bertemu atau menelefon mana-mana pihak penerbit untuk bertanya dan berbincang tentang karya yang saudari hasilkan itu sama ada sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Jika saudari tidak melakukan, bakat dan potensi diri saudari itu akan terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu saudari harus memulakan. Semua bergantung kepada diri saudari sendiri.
Bagi pihak DBP, kami mencadangakan saudari merujuk laman web DBP untuk mengetahui bengkel, kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak kami. Sekian, terima kasih.
Lain-lain06.10.2009
Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya tentang tata bahasa Melayu,apakah maksud kata depan itu,terima kasih.Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya.

Subgolongan kata depan seperti yang berikut,

a. kata depan tempat
b. kata depan arah
c. kata depan waktu
d. kata depan perhinggaan
e. kata depan penyertaan
f. kata depan alat
g. kata depan gaya
h. kata depan manfaat
I. kata depan agentif
j. kata depan ligature dan pengantar judul
k. kata depan kiasan
l. kata depan penafian
m. kata depan pengecualian

Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut.
Tatabahasa20.11.2013
1234

Kembali ke atas