pertembungan bahasa 1. sejarah pertembungan bahasa. 2. kesan pertembungan bahasa. 3. kesan pertembungan bahasa kepada masyarakat | Saudara Yie, Jawapan kepada pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Antara bahan yang boleh dijadikan rujukan ialah makalah yang diterbitkan di dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bertajuk 'Gangguan Bahasa dan Model Bahasa oleh Abdul Aziz Abdul Talib dan 'Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya' oleh Awang Sariyan. | Lain-lain | 22.07.2009 |
pertembungan budaya awam dan tentera | Soalan sdr lebih menjurus kepada persoalan budaya. Untuk itu sdr boleh mendapatkan buku-buku seperti karya Sun Tzu :The Arts of War, Muqadimmah oleh Ibnu Qaldun dan Sang Penguasa oleh Machiavelli. Buku-buku lain seperti tulisan Plato, Aristotle juga akan dapat banyak membantu sdr. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 10.09.2008 |
Gangguan dalam penggunaan bahasa dan permasalahan dalam pertembungan bahasa | Sila rujuk bahan dibawah : 1. Bahasa Melayu di Malaysia: satu tinjauan tentang perkembangan danmasalahnya | Awang Sariyan | Dewan Bahasa | | 01/04/1987 |
| Lain-lain | 07.08.2008 |
mengapakah perlunya peminjaman bahasa asing dilakukan ke dalam bahasa Melayu? | Pertembungan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dan Arab, bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa tersebut. peminjaman bunyi-bunyi bahasa ini ialah untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. | Lain-lain | 05.10.2006 |
assalammualaikum.... apakah yang dimaksudkan dengan 'silang budaya" dalam konteks pendidikan di Malaysia | Puan Nurzatul terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengikut istila yang diterbitkan oleh DBP silang budaya bermakna - - Berkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. Terima kasih | Istilah | 14.07.2009 |
Assalamualaikum.. Saya ingin tahu maksud ayat "Interaksi Tamadun dan Silang Budaya" | Interaksi Budaya merupakan istilah sosio budaya yang mempunyai maksud yang tersendiri. DBP mempunyai maksud mengikut istilah bahasa iaitu: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Interaksi -tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak . Silang Budaya- Mengikut istilah yang diterbitkan oleh DBP silang budaya bermakna - - Berkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. | Tatabahasa | 23.09.2012 |