mana yang betul 1. 1 jam pertemuan kepada 2 jam pertemuan atau 2. 1jam pertemuan kepada 2 jam | Sila berikan ayat lengkap bagi mengetahui frasa yang betul. Jika menepati maksud soalan, ayat yang betul ialah Pertemuan itu berlanjutan selama 2 jam. | Tatabahasa | 15.05.2019 |
SALAM PERTEMUAN. SAYA PERLUKAN SENARAI BUNYI BINATANG (SEBANYAK MUNGKIN- MELIPUTI PELBAGAI BINATANG) CTH: LEMBU - MELENGUH KAMBING - MENGEMBEK T.KASIH | Senarai yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, kecuali satu-satu perkataan yang biasa dikaitkan dengan bunyi binatang seperti ayam berkokok, kucing mengiau, harimau mengaum dan kambing mengembek. | Lain-lain | 26.11.2012 |
maksud kesan pertembungan budaya | Pertembungan budaya bermaksud pertemuan dan yang dikaitkan dengan peretembungan budaya di sini ialah pertemuan dua budaya yang tidak sama dan apabila dua benda yang tidak sama bertemu dalam suatu keadaan maka perlulah antara kedua-dua pihak bertolak ansur. Untuk mendapatkan maksud yang lebih persis, sila rujuk buku kajian sosial. | Makna | 06.04.2014 |
Selamat petang. Ayat di bawah merupakan penjelasan untuk gambar dalam sebuah buku terjemahan dari bahasa Cina ke Bahasa Melayu, antara dua ayat di bawah, ayat yang manakah lebih sesuai atau betul? (a)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Lukisan Keluarga Confucius 孔子世家图). (b)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Kongzi Shijia Tu (Lukisan Keluarga Confucius)). Terima kasih. | Ayat yang tepat ialah Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Lukisan Keluarga Confucius, karya lukisan kaedah gosok dakwat Dinasti Ming). Dalam karya terjemahan, penggunaan bahasa sumber (bahasa Cina) tidak perlu diulang dalam bahasa sasaran (bahasa Melayu). Transliterasi atau penyesuaian ejaan Rumi bagi ayat “Kongzi Shijia Tu” juga tidak perlu digunakan kerana sudah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, iaitu Lukisan Keluarga Confucius. Nama atau tajuk lukisan pula perlu menggunakan huruf condong atau italik. Penggunaan tanda kurung (( )) yang berlapis harus dielakkan sekiranya menimbulkan kekeliruan. | Tatabahasa | 09.04.2020 |
Assalamualaikum. Kami akan mengadakan satu majlis pertemuan bekas rakan-rakan lama.Tema yang dipilih seperti di bawah.Cuma saya mohon tuan tentukan manakah yang tepat atau tuan cadangkan tema yang sesuai. 1. IKATAN JALINAN KASIH BERPANJANGN ATAU 2. IKATAN JALINAN , KASIH BERPANJANGAN. Tema ini akan ditulis pada kain rentang. Terima kasih kerana sudi membantu.Kalau boleh saya mahukan jawapan kadar segera. ISMAIL HASHIM | Dari segi tatabahasa, tema yang betul ialah Ikatan Jalinan Kasih Berpanjangan. | Tatabahasa | 10.09.2009 |
---------- antara kedua-dua orang pemimpin itu akan diadakan di Singapura. Soalan: Jawapan yang sesuai adakah pertemuan @ perjumpaan. Terima kasih. | Kedua-dua boleh digunakan kerana kedua-dua perkataan tersebut sama makna. | Makna | 05.08.2008 |
Apakah kata bahasa Melayu untuk terjemahan "REUNION"? | Terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "reunion", iaitu penyatuan semula, pertemuan semula dan majlis perjumpaan. | Istilah | 30.07.2016 |
Puan Khatarina Tati. Hari Bertemu Pelanggan KPM di Sabah. Mengapa manuskrip lewat terbit. Petugas Azimin Daud. Ada masalah penghantaran soalan apabila menggunakan jenis komunikasi pertemuan peribadi. Mohon pantauan. | Petugas telah menerangkan secara lisan dan berhemah tentang perkara tersebut dan pelanggan berpuas hati. | Lain-lain | 24.05.2014 |
En. Mohd Kamal, SK Pekan Kota Belut, Sabah - Hari Bertemu Pelanggan KPM di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Berkaitan kurangnya promosi dan publisiti produk DBP kepada para pelajar. Sementara waktu Jenis Komunikasi Pertemuan Peribadi mengalami masalah penghantaran rekod, jadfi pihak petugas menggunakan Facebook untuk sementara waktu. | Petugas menerangkan maklumat tersebut secara ringkas dan padat. | Lain-lain | 24.05.2014 |
En. Ahmad Raud, Bahagian Pendidikan Khas, Sabah - Hari Bertemu Pelanggan KPM di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Berkaitan kurangnya promosi dan publisiti PRPM kepada para pelajar. Mohon dimaklumkan kepada semua JPN. Dimaklumkan bahawa petugas menggunakan Jenis Komunikasi Pertemuan Peribadi mengalami masalah penghantaran rekod, jadfi pihak petugas menggunakan Facebook untuk sementara waktu. | Sebagai makluman dan akan memaklumkan kepada pihak pengurusan DBP. | Lain-lain | 24.05.2014 |