Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Kami akan mengadakan satu majlis pertemuan bekas rakan-rakan lama.Tema yang dipilih seperti di bawah.Cuma saya mohon tuan tentukan manakah yang tepat atau tuan cadangkan tema yang sesuai. 1. IKATAN JALINAN KASIH BERPANJANGN ATAU 2. IKATAN JALINAN , KASIH BERPANJANGAN. Tema ini akan ditulis pada kain rentang. Terima kasih kerana sudi membantu.Kalau boleh saya mahukan jawapan kadar segera. ISMAIL HASHIMDari segi tatabahasa, tema yang betul ialah Ikatan Jalinan Kasih Berpanjangan.Tatabahasa10.09.2009
1. apakah perbezaan antara "antara...dengan" dan "antara...dan"? mana satu betul? 2. "terpengaruh dengan" atau "terpengaruh oleh" betul?1. pasangan kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara ialah dengan bukan kata hubung dan. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada du frasa. Contoh:- Antara Siti dengan Sarah, Sarahlah yang lebih pintar.- Satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, dan Menteri Pengangkutan pada Minggu ini. 2. Kedua-duanya betul kerana kata ‘dengan’ juga membawa maksud ‘oleh’ begitu juga sebaliknya. Sila rujuk KD4.

 

Makna19.10.2008
Salam sejahtera Tuan, Penggunaan yang betul ialah (1) Ali duduk di antara Siti dengan Abu. (ATAU) (2) Ali duduk di antara Siti dan Abu. Mohon tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Pasangan kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara ialah dengan bukan kata hubung dan. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada du frasa. Contoh:- Antara Siti dengan Sarah, Sarahlah yang lebih pintar.- Satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, dan Menteri Pengangkutan pada minggu ini.Tatabahasa25.09.2013
apakah perbezaan antara hujung dan penjuru

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, Hujung ialah 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pangkal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. bahagian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Semenanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) perkataan dll: barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; Pejuru pula ialah pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) pen­juru yg luasnya 90º. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat.

Lain-lain11.10.2010
perkataan 'berhubungan' wujud atau tidak. dan apakah maknanya. Sekian, terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan berhubungan bermaksud 1. ada  sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan.

Istilah25.11.2009
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang

Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan.

Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; 

Makna31.07.2009

Kembali ke atas