Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ten.ta.ngan] | ڤرتنتڠن

Definisi : 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ten.ta.ngan] | ڤرتنتڠن

Definisi : 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; per­lawanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Istilah manakah yang betul? "Penyembunyian" atau "persembunyian"? Bolehkah istilah "kesan pertentangan" digunakan bagi menterjemahkan frasa "opposition effect" (untuk bidang ilmu falak)?Kedua-dua istilah persembunyian dan penyembunyian adalah tepat. Perkataan tersebut digunakan dalam konteks ayat yang berbeza. Sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my  untuk carian makna.

Jika konsep yang dinyatakan sesuai dengan terjemahan tersebut, kesan pertentangan boleh digunakan bagi terjemahan perkataan "opposition effect".
Ejaan07.11.2013
apakah perkataan yang membawa maksud situasi pengasingan berpihak atau pertentangan kecenderungan, kepentingan dan perbezaan matlamat sesuatu kumpulan. Jawapan : _ _ K _ R _ S A S iUntuk makluman tuan, perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan,  dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan  dalam talian di laman web DBP untuk membantu menjawab peraduan teka silang kata.Tatabahasa09.09.2013
1. Soalan-soalan ujian itu bukan sukar; cuma Ali tidak mengulang kaji pelajaran. Dalam ayat di atas, apakah kata nafi yang sesuai, bukan atau tidak? Adakah frasa pertentangan maksud terdapat dalam ayat tersebut? Harap dapat jelaskan.Kata nafi yang betul ialah tidak ... tidak sukar kerana kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif dan suka ialah kata adjektif. Tidak ada pertentangan maksud dalam ayat tersebut.Tatabahasa05.03.2012
apakah perkataan berlawan bagi 'Sedap'Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut.Tatabahasa19.08.2010
Selamat pagi,saya ada kemuskilan mengenai perkataan berlawan untuk pagi. Adakah jawapannya petang atau malam? terima kasihPertentangan perkataan tidak berlaku pada semua perkataan. Perkataan lawan/antonim pagi perkataan “pagi” bukanlah satu lawan satu seperti hitam lawannya putih, tinggi lawan rendah. Perkataan “pagi” berantonim dengan maghrib, malam, petang, senja.Tatabahasa06.03.2014
Apakah maksud perkataan ironinya? Boleh jelaskan dengan terperinci.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.Makna03.04.2012
boleh saya tahu apa antinom kata LAZAT. Terima kasih.Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut.Tatabahasa19.08.2010
Bolehkah menggunakan perkataan 'manakala' dal membina ayat majmuk?Kata manakala digunakan dalam ayat majmuk, iaitu apabila menghubungkan ayat pertama dengan ayat kedua yang membawa maksud pertentangan.Tatabahasa12.04.2014
Apakah kata berlawanan untuk PAGI. Banyak bahan rujukan di pasaran memberikan jawapan MALAM tetapi pihak sekolah menegaskan jawapan yang tepat ialah PETANG. Minta pencerahan. Terima Kasih.Pertentangan perkataan tidak berlaku pada semua perkataan. Perkataan lawan/antonim pagi perkataan pagi bukanlah satu lawan satu seperti hitam lawannya putih, tinggi lawan rendah. Perkataan pagi berantonim dengan maghrib, malam, petang, senja.Tatabahasa14.10.2014
Salah sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma (,) sebelum kata hubung 'tetapi', 'dan' serta 'jadi'?Tanda koma (,) digunakan  sebelum kata hubung gabungan "tetapi" yang membawa maksud "pertentangan fakta" dalam ayat majmuk.
contoh: Kerajaan berusaha hendak membendunng pengaruh kebudayaan barat yang negatif, tetapi anak-anak muda pula kian tergila-gila mengikutinya.

Tanda koma sebelum "dan"bergfungsi sebagai kata hubung setara untuk memisahkan ayat-ayat atau klausa yang fakta-faktanya berurutan yang membawa maksud "serentak",  "bersama" atau "berurutan".
Contoh: Mohd baru sahaja kematian kedua-dua ibu bapanya, dan menjadi anak yatim piatu.

Kata Jadi boleh digunakan di awal ayat, tapi perlu meletakkan koma selepas perkataan "Jadi"
Contoh, Jadi, tegaslah bahawa setiap ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak harus bersifat materialistik semata-mata. 
Tatabahasa16.01.2019
1234

Kembali ke atas