1. Soalan-soalan ujian itu bukan sukar; cuma Ali tidak mengulang kaji pelajaran. Dalam ayat di atas, apakah kata nafi yang sesuai, bukan atau tidak? Adakah frasa pertentangan maksud terdapat dalam ayat tersebut? Harap dapat jelaskan. | Kata nafi yang betul ialah tidak ... tidak sukar kerana kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif dan suka ialah kata adjektif. Tidak ada pertentangan maksud dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Salam 1Bahasa, 1. Apakah maksud perkataan homosapisas? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ironi? Terima kasih. | 1. Untuk makluman tuan, perkataan homosapisas tiada dalam rujukan kami. 2. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya. | Tatabahasa | 12.11.2013 |
1)Apakah maksud Modus Operandi dan ironi ? 2)Betulkah,k.penguat + k.adjektif + k.penguat?Cth:sangat/amat panjang sekali. 3)di kalangan atau dalam kalangan??Setahu saya,dalam kalangan. 4)Kali 2 atau Kali-2 DAN Ke 2 atau Ke-2 ATAUPUN Kali ke-2? | 1. Modus operandi adalah cara untuk melakukan sesuatu, ironi adalah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. 2. Kata penguat paling dan ter- sahaja tidak dibenarkan. 3. Dalam kalangan. 4. Kali ke-2 atau kali kedua. | Makna | 05.09.2006 |
MOHON SEMAK SEKIRANYA KENYATAAN BAGI PERKARA 1 - ADAKAH BENAR INI MAKSUD BAGI KENYATAAN TERSEBUT DAN BAGI PERKARA 2, BOLEHKAH KOMA DIGUNAKAN SEBELUM PERKATAAN DAN. TERIMA KASIH. | Tidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana merah, hijau dan kuning dalam kategori yang sama. Maksud yang juga diberikan tidak tepat. Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yang berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yang diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yang mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa keterangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yang mendahului ayat induk dan banyak lagi. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku Gaya Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 28.05.2013 |
1. Pelancong itu bukan dari negara Jepun. Saya tahu penggunaan kata nafi 'bukan' dalam ayat ini betul kerana digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa sendi. Kalau saya menukar ayat kepada Pelancong itu berasal dari negara Jepun.Adakah kata nafi yang sesuai ialah 'tidak' kerana berasal dari negara Jepun ialah frasa kerja. 2. Pemain yang sungguh lincah itu dikawal ketat oleh pihak A B lawan setiap kali dia menerima bola.Tiada kesalahan. C D Apakah jawapan yang sesuai bagi soalan di atas? Terima kasih! | 1. Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Ayat tersebut perlu diperbetulkan menjadi, "Pelancong itu bukan dari negara Jepun, tetapi dari neara Korea. 2. Soalan kedua saudara tidak jelas. | Tatabahasa | 16.05.2009 |
kekeliruan penggunakan kata nafi (bukan/tidak) 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. 2. Dia tidak cantik tapi pandai bergaya. Manakah yang tepat. T. kasih. | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih. | 1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun. 2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. 3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia. 4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
"Saya bukan membawa dadah tetapi susu tepung" kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. betul tak ayat ini???" | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. "Saya bukan membawa dadah, tetapi susu tepung," kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. | Tatabahasa | 03.06.2013 |
Salam sejahtera. Kegunaan "bukan"dan "tidak". Mana satu betul? Pak Ahmad bukan mampu membayar yuran sekolah cucunya. Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. Terima kasih. | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. Ayat yang betul ialah "Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. | Tatabahasa | 18.04.2013 |