beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''. | Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita. | Lain-lain | 12.04.2010 |
sense of urgency | sikap kesegeraan sikap/pertimbangan - sikap yang memerlukan tindakan segera | Lain-lain | 11.02.2009 |
maksud taakul | Taakul: hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal; | Makna | 01.07.2009 |
BAHASA KIASAN | Menurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Bahasa kiasan ialah bahasa yang digunakan untuk membuat perbandingan terhadap sesuatu dengan cara yang lebih menarik.Untuk memehami pengertian bahasa kiasan, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. Terima Kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Makna | 18.12.2006 |
Apakah kegunaan bahasa kiasan? | Bahasa kiasan - digunakan sebagai pertimbangan mengenai sesuatu perkara dengan perbandingan, mengibaratkan atau membuat sindiran yang ditujukan kepada seseorang. | Lain-lain | 29.09.2006 |
apa maksud abrituari | DBP tidak mempunyai istilah dan makna bagi perkataan 'abrituari' seperti yang dikemukakan. Kami hanya mempunyai perkataan 'abritrari'. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'abritrari' merujuk kepada tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis ds), mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang: 2. Berkaitan dengan sifat bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa dengan entiti sebenar. Untuk rujukan selanjutnya, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 29.12.2006 |
Adakah 'Tindakan sewajarnya' betul? Oleh sebab tindakan diambil sepatutnya wajar ataupun wajib? | Frasa "tindakan sewajarnya" adalah betul merujuk kepada tindakan yang dirasakan wajar diambil berdasarkan situasi dan pertimbangan yang lain. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Maaf sekiranya soalan ini berulang, saya kurang pasti. Bolehkah saya menghantar artikel dalam b.Inggeris untuk penerbitan mana2 majalah tuan dan bagaimana cara atau tindakan selanjutnya. Terima kasih | Bahagian Majalah menerima makalah dalam bahasa Melayu untuk pertimbangan penerbitan. Sekiranya makalah sdr. berbahasa Inggeris, sdr diminta menterjemahkannya ke bahasa Melayu. | Lain-lain | 14.06.2007 |
Assalamalaikum dan selamat sejahtera. Saya mempunyai minat dalam penulisan seperti puisi, sajak, cerpen dan novel. Masalahnya saya tidak tahu kemana hasil karya ini hendak saya salurkan? Saya juga pernah memasuki pertandingan mencipta puisi kemerdekaan 2007 ajuran DBP kawasan Selatan. Di harap pertanyaan saya ini mendapat pertimbangan dari pihak saudara dan di sudahi dengan ucapan terima kasih. Siti Zaleha Samad 019 7958445 | Karya saudara yang terdiri daripada kumpulan sajak, kumpulan cerpen atau novel boleh disalurkan kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, No. 1&3, Jalan Susur Dato' Mohd. Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, 80350, Johor Bahru, Johor, jika saudara menetap di Johor dan Melaka. Jika saudara menetap di Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan, salurkan karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 02.08.2007 |
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kira | Perkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 05.01.2007 |