Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertua


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak bertanya. apakah perbezaan antara Yang di-Pertua Agung dengan Yang Dipertuan Agung. terima kasihEjaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.Ejaan01.10.2012
Ejaan yang betul untuk Yang di-Pertuan Negeri atau Yang di-Pertua Negeri

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.

Ejaan21.04.2011
Yang Dipertua PIBG atau Yang dipertua PIBG atau Yang Di pertua PIBG atau Yang DiPertua PIBG yang mana satu betul? terima kasihEjaan yang betul ialah Yang Dipertua PIBG.Ejaan16.10.2003
Apakah ejaan sebenar bagi penggunaan perkataan berikut? 1. Rejimen Renjer Diraja @ Rejimen Renjer DiRaja? 2. Yang DiPertua @ Yang Dipertua @ Yang di-PertuaSaudara/saudari,

1. Rejimen Renjer Diraja

2. Yang Dipertua
Ejaan22.09.2012
Apa perbezaan gelaran Dato' dan Datuk yg dianugerahkan kepada seseorang?Gelaran Dato' ialah anugerah yang dikurniakan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar, manakala gelaran Datuk ialah anugerah yang dikurnia oleh Yang di-Pertuan Agong/Yang di-Pertua NegeriIstilah24.06.2007
APA PERBEZAAN PENGGUNAAN BAGI YANG AMAT BERHORMAT DAN YANG AMAT BERBAHAGIA

Saudara,

Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Amat Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tun, Toh Puan dan isteri Yang di-Pertua Negeri

Tatabahasa15.06.2010
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu?

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul.

Lain-lain29.05.2010
Terdapat sembilan negeri yang beraja dalam negara kita dan pemerintah di setiap negeri mempunyai gelaran yang berbeza. Soalan: Apakah perkataan yang dapat merujuk kepada kesemua pemerintah ini? Perkataan "pemerintah negeri" rasanya macam tak betul kerana mungkin disalah ertikan sebagai kerajaan sivil yang ada di situ.Lazimnya disebut Sultan, Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri, tidak ada satu perkataan khusus untuk merujuk kesemua mereka.Lain-lain19.04.2012
Tuan, Apakah perbezaan antara gelaran Dato' dengan Datuk? Saya pernah membaca Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar yang mengatakan bahawa Dato' ialah gelaran daripada Sultan-sultan [ Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu] manakala Datuk ialah gelaran dari peringkat Persekutuan dan negeri-negeri Selat seperti PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. Adakah benar? Sekian, terima kasih.Kenyataan saudara adalah betul, Dato' ialah gelaran daripada Sultan, manakala Datuk ialah gelaran daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. Lain-lain03.06.2010
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011

Kembali ke atas