Manakah yang betul? -Yang Dipertuan Agong -Yang Di-pertuan Agong -Yang di-pertuan Agong -Yang di-Petuan Agong | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 04.03.2016 |
Mohon Ejaan yang Digunakan oleh Unit Adat Istiadat JPM | Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Besar Yang di-Pertua Negeri Yang di-pertuan Muda Yang di-Pertua Dewan Negara Yang di_pertua Dewan Rakyat Yang di-Pertua | Ejaan | 05.09.2013 |
1. Ejaan yang tepat untuk Yang Di-Pertuan Agong ialah (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Yang DiPertuan Agong (c) Yang Di-Pertuan Agong.Harap pencerahan dan penjelasan daripada tuan Munsyi.tk. 2.Ejaan yang tepat untuk frasa Yang di pertua bagaimana ? | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 07.08.2014 |
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu? | Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul. | Lain-lain | 29.05.2010 |
Ejaan yang betul untuk Yang di-Pertuan Negeri atau Yang di-Pertua Negeri | Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. | Ejaan | 21.04.2011 |
YANG DI-PERTUAN AGONG | YANG DI-PERTUAN AGONG | Tatabahasa | 29.09.2010 |
Dengan segala hormatnya dato'/tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Soalan: Adakah ejaan dato'/tuan/puan itu perlu huruf besar atau kecil (huruf d, t dan p)? | Ejaan Dato' sahaja huruf besar kerana gelaran tersebut gelaran khas yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong/Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar/Yang di-Pertuan Negeri. | Lain-lain | 02.02.2017 |
Bolehkah kita menggunakan perkataan Agong sahaja tanpa gelaran Yang di-Pertuan di hadapan perkataan Agong dalam penulisan artikel pendek? | Dalam perspektif penulisan artikel sama ada pendek atau panjang, gelaran Yang di-Pertuan perlu diletakkan di hadapan perkataan Agong sebagai merujuk pada panggilan hormat. | Lain-lain | 31.07.2024 |
Apa perbezaan gelaran Dato' dan Datuk yg dianugerahkan kepada seseorang? | Gelaran Dato' ialah anugerah yang dikurniakan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar, manakala gelaran Datuk ialah anugerah yang dikurnia oleh Yang di-Pertuan Agong/Yang di-Pertua Negeri | Istilah | 24.06.2007 |
Assalamualaikum, sila bantu saya bagi perkataan berikut, yang mana satu betul - "Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong" atau " Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong". | Ejaan yang betul ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Ejaan | 14.05.2007 |