Assalamualaikum, Saya ingin bertanya pandangan DBP berkaitan dengan akronim dan singkatan dalam bahasa Melayu. Dalam sesebuah pertubuhan, lazimnya pertubuhan tidak mendaftar namanya dengan akronim tetapi dengan nama penuh atau nama yang disyorkan oleh pertubuhan tersebut. Contoh, ada parti politik yang mendaftarkan namanya sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH). Soalannya, dari segi bahasa adakah salah pengguna bahasa mewujudkan akronim bagi parti berkenaan dengan nama PAN walaupun akronim tersebut tidak didaftarkan secara rasmi? | Salam sejahtera, Tuan, Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.11.2017 |
Adakah Planet Marikh & pertubuhan merupakan Kata Nama Khas Tak Hidup..?? | Planet Marikh aialah kata nama khas tak hidup, manakala pertubuhan ialah kata nama am kecuali pertubuhan tertentu sepertu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu barulah menjadi kata nama khas tak hidup. | Tatabahasa | 30.05.2011 |
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN SAMA ADA AYAT DIBAWAH BOLEH DIGUNA PAKAI ATAU TIDAK. 1. KARISMA PERTUBUHAN, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. 2. PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. | Lebih sesuai PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN | Lain-lain | 11.02.2019 |
Apakah perbezaan antara organisasi dengan pertubuhan? | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dll) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Manakala pertubuhan bermaksud badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan.
| Tatabahasa | 10.10.2013 |
Assalamualaikum, Saya nak bertanya tentang kaedah penulisan nama pertubuhan yang didaftarkan. Contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, adakah cara penulisannya dalam mana-mana bentuk tulisan menggunakan seluruh huruf besar untuk merujuk singkatan nama parti itu? Atau memadai seperti tulisan nama pertubuhan biasa yang lain dengan hanya menulis huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja sebagai kata nama khas? | Waalaikumsalam, Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, maka cara penulisan singkatan nama parti perlu menggunakan huruf besar, iaitu IKATAN. Walau bagaimanapun untuk penulisan nama pertubuhan boleh menggunakan huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja. | Lain-lain | 19.06.2019 |
Assalamualaikum,saya ingin bertanya, bagaimanakah penggunaan huruf besar dan kecil untuk PBB? Contoh: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Sekian, terima kasih. | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah kata nama khas yang dieja dengan hururf besar. | Ejaan | 09.12.2011 |
Sesuatu pertubuhan kecil, dalam penggunaan yang betul, yang mana satu, KOMITI atau KOMUNITI? | Komiti ialah jawatankuasa atau panitia, manakala komuniti ialah masyarakat kesuluruhannya. Dalam bentuk yang lebih kecil atau subunit penubuhan jawatankuasa lazimnya dilakukan. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih. | 1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu. 2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. 3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. 4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat. | Istilah | 02.04.2010 |
soalan: Adakah pertubuhan tuan mempunyai web presence dalam tempoh laporan? Dalam ayat di atas bolehkah web presence digunakan atau boleh ditukar ke bahasa melayu. saya dah cari dalam carian kata tetapi tidak dijumpai. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah web presence dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah presence dalam istilah teknologi maklumat yang padanan bahasa Melayunya ialah kehadiran. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kehadiran web atau kehadiran dalam web. | Istilah | 10.01.2013 |
Maaf, saya masih keliru dengan penjelasan mengenai perbezaan antara Institusi dengan Agensi. Sebagai contoh, pertubuhan A adalah NGO yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. A mempunyai jawatankuasa M yang menguruskan hal ehwal remaja, dan P yang menguruskan bantuan kepada rakyat di negara-negara susah. M tidak berdaftar tetapi P berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. Adakah kedua-dua M dan P agensi atau institusi atau bagaimana? Terima kasih. | Dari aspek bahasa kami telah memberikan maklumat tentang maksud institusi dan agensi. Permasalahan tuan lebih menjurus kepada hal teknikal, maka lebih baik tuan kemukakan hal ini kepada pihak pendaftar, iaitu pihak yang berwenang dalam hal pendaftaran. | Tatabahasa | 13.10.2014 |