Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tum.bu.han] | ڤرتومبوهن

Definisi : perihal tumbuh, perkem-bangan: pokok yg tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tum.bu.han] | ڤرتومبوهن

Definisi : perihal atau proses tumbuh (ttg manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang); tumbesaran: Makanan bayi mempengaruhi ~ mental dan fizikalnya. ~ pokok itu terbantut kerana iklim di situ tidak sesuai dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum team DBP. Saya sedang menjalankan kajian bertajuk "Pertumbuhan antara negeri di Malaysia". Jadi saya ingin bertanya jika saya hendak menulis tajuk yang kesemua awalan huruf adalah besar, adakah saya perlu menulis "antara" dengan huruf A besar seperti ini - "Pertumbuhan Antara Negeri di Malaysia". Ataupun seperti ini - "Pertumbuhan antara Negeri di Malaysia". Terima kasih banyak atas perhatian tuan/puan. Selamat berpuasa.Penulisan tajuk yang betul ialah  "Pertumbuhan antara Negeri di Malaysia". Ejaan16.05.2020
Penyumbang pertumbuhan ekonomi negara atau Penyumbang kepada pertubumbuhan ekonomi negara. Sila jelaskan. Terima kasih. :)Frasa yang betul ialah "Penyumbang pertumbuhan ekonomi Negara". Kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sasaran (manusia, haiwan dan unsur mijarad), menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. 
Tatabahasa11.03.2014
Apakah terjemahan bagi "average annual growth rate" dan "average annual increase" untuk konteks ekonomi?Cadangan terjemahan bagi average annual growth rate dan average annual increase ialah "kadar pertumbuhan tahunan purata" dan "pertumbuhan tahunan purata".Penyemakan dan penterjemahan08.09.2015
Apakah beza antara penumbuhan dengan pertumbuhan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,

penumbuhan - perihal menumbuhkan. 
Contoh: Jaringan itu tidak akan bererti kalau usaha penumbuhan bahasa itu sendiri tidak berjalan dengan sewajarnya.

pertumbuhan - perihal tumbuh/berkembang.
Contoh: Pokok yang tidak cukup baja dan air itu akan terbantut pertumbuhannya.
Istilah30.01.2020
industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita. mengapakah kesalahan tatabahasa ialah membawa? apakah perkataan yang sesuai menggantikan perkataan membawa jika membawa adalah salah.Merujuk Kamus Dewan antara maksud membawa ialah mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah membawa perubahan sebanyak itu. Berdasarkan keterangan makna dan contoh tersebut, ayat industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita, betul cuma jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah memberi, padahal memberi juga bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan.Tatabahasa08.07.2008
berikan contoh negara-negara yang berjaya dalam bidang ekonomi dunia...

Sila rujuk bahan ini :

1. Asia Timur : Pusat Pertumbuhan Ekonomi Dunia oleh Abibullah Hj. Samsudin. DBP : 2000

 

 

Asia Timur: pusat pertumbuhan baru ekonomi duniaAbibullah Hj SamsudinDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)2000

Lain-lain11.03.2008
growth-bertambah contoh ayat: bertambah secara puratatiada growth - pertumbuhanMakna08.06.2007
sila sahkan terjemahan berikut : Enhancing Quality to Sustain Growth = Meningkatkan Kualiti demi Melestarikan Pertumbuhan Terima kasihTerjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan08.09.2016
Bolehkah perkataan 'nutrisi' digunakan untuk 'nutrition'. Misalnya, 'Maklumat Nutrisi' untuk 'Nutritional Information'; 'Nutrisi adalah penting untuk pertumbuhan' untuk 'Nutrition is important for growth'. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "nutrition" ialah pemakanan atau nutrisi. Oleh itu, kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan.Istilah09.01.2017
perkataan seerti bagi 'perkembangan'Maknanya ialah perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; Makna15.04.2010
123

Kembali ke atas