Kami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. munsyi, apakahkesalahan ayat ini? TK | Kami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. Perundangan 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam Undangan 1 orang yg diundang. 2 jemputan atau panggilan utk datang: kad ~ kad jemputan. Kami telah menerima undangan ke majlis pertunangan anaknya.
| Tatabahasa | 21.09.2012 |
adakah ayat ini betul???? -Yang turut menghadiri majlis pertunangan itu ialah keluarga menteri besar? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan perkataan 'yang' pada hadapan ayat dengan betul??? | Ayat pertama betul. Yang merupakan kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh penggunaan yang dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. Yang berjaja kain itu jiran saya.ii. Yang indah itu bahasa. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 252. | Tatabahasa | 15.06.2008 |
Salam. Could you please provide me some online reference to get collections of Malay Pantun, especially about weddings. I thank you for that. | Sila rujuk buku "Pantun dan Gurindam untuk Pertunangan dan Perkahwinan, terbitan PTS. Sekian, terima kasih | Lain-lain | 11.03.2009 |
Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |