sejarah perkembangan tulisan rumi dari awal hingga kini dan perubahan-perubahan yang berlaku. | Sejarah perkembangan tulisan Jawi termasuklah peristiwa perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967, Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan pengunaannya pada 16 Ogos 1972 dan seterusnya boleh diperoleh melalui pembacaan/kajian buku seperti Pedoman Ejaan Bahasa Malaysia, DBP; Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, DBP; Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, DBP. Sila rujuk buku-buku berkenaan atau makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 18.08.2009 |
salam sejahtera Saya ingin mengetahui makna lestari secara mendalam.......dari sudut tajuk tugasan saya ini...................Pengurusan perubahan ke arah melestarikan amalan perubahan...................sikap untuk kelestarian perubahan.......adakan ianya bermaksud.....sikap untuk mengekalkan perubahan yg berlaku? Saya benar-benar berharap penerangan daripada pihak tuan..........Terima kasih | Menurut KAmus Dewan, lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkaitan tugasan ini, saudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP). Pelbagai maklumat boleh diperoleh khususnya daripada bahan-bahan terbitan DBP. | Lain-lain | 16.09.2007 |
Apakah maksud 'melestarikan amalan perubahan' di bawah tajuk Pengurusan Perubahan(Change Management)? | maksud bagi "melestarikan amalan perubahan" dalam konteks bahasa ialah menjadikan budaya berubah sebagai amalan yang berterusan. Harap maklum. | Makna | 17.09.2007 |
Selamat sejahtera.Terdapat beberapa persoalan yang ingin saya tanya kepada pihak tuan/puan.Adakah perkataan "ianya" tidak digunakan lagi? Saya mendapati terdapat perubahan tertentu dalam penggunaan bahasa.Bagaimana atau di mana boleh saya rujuk untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perubahan penggunaan bahasa atau perubahan kata? | Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut berkaitan bahasa tuan boleh rujuk Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 08.02.2010 |
apakah perubahan bahasa / tatabahasa dalam bahasa melayu? | Sejak buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu diterbitkan pada tahun 1993, perubahan dari segi bahasa /tatabahasa adalah pada penulisan atau pengejaan kata majmuk, iaitu daripada satu perkataan kepada dua perkataan. Contohnya : pasar raya, bandar raya, urus setia, rumah tangga, alat tulis dsb. Selainnya bukanlah perubahan tetapi pemantapan dalam hukum tatabahasa tersebut. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku rujukan yang mutakhir. | Tatabahasa | 10.08.2007 |
bagaimanakah perubahan bahasa pengantar iaitu Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu?. | Bahasa pengantar sistem persekolahan di Malaysia ialah bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu untuk pendidikan tinggi dan berperanan pula sebagai bahasa kesusasteraan, kesenian, budaya, agama, falsafah, sains dan teknologi. Walau bagaimanapun pekeliling kerajaan tentang Pelaksanaan dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003 memberi cabaran hebat terhadap fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pelaksanaan dasar ini mendapat tentang banyak pihak dan setelah beberapa proses rundingan akhirnya kerajaan bersetuju memansuhkan PPSMI bermula pada tahun 2012. Untuk makluman saudara bahasa pengantar sistem pendidikan tidak pernah berubah dan masih mengekalkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 05.06.2011 |
huraikan perubahan makna yang berlaku pada leksikal 'mohon',dan leksikal 'saujana, '. kaitkan perbincangan dengan konsep semantik seperti perluasan makna, penyempitan makna,sintagmatik,paraigmatik, kolokasi, konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. | Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk buku yang berkaitan. Terima kasih. | Tatabahasa | 07.08.2008 |
Apakah ada perubahan dalam penggunaan imbuhan 'di' bagi katanama dan katakerja? Contohnya : diselamatkan atau di selamatkan di pasar atau dipasar Sekian. Terima kasih. | Imbuhan di yang hadir sebelum kata nama hendaklah dieja terpisah seperti di pasar, manakala di yang hadir sebelum kata kerja hendaklah dirapatkan seperti diselamatkan. | Tatabahasa | 30.08.2009 |
Apakah perbezaan antara perubahan dan pengubahan? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perubahan ialah perihal berubah, manakala pengubahan ialah perihal mengubah atau mengubahkan sesuatu. | Makna | 28.12.2009 |
Hai, selamat malam....Dari mana kita boleh mendapat info terkini tentang perubahan bahasa?Terima kasih.... | Sejak buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu diterbitkan pada tahun 1993, perubahan dari segi bahasa /tatabahasa adalah pada penulisan atau pengejaan kata majmuk, iaitu daripada satu perkataan kepada dua perkataan. Contohnya : pasar raya, bandar raya, urus setia, rumah tangga, alat tulis dsb. Selainnya bukanlah perubahan tetapi pemantapan dalam hukum tatabahasa tersebut. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku rujukan yang mutakhir. | Lain-lain | 21.02.2010 |