KKM akan menerbitkan majalah/buletin dimana kandungannya berkaitan aktiviti semasa perkhidmatan-perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu seperti Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan), Jururawat, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pembantu Farmasi dll. Mohon pandangan tuan memilih salah atau daripada tajuk-tajuk dibawah atau pihak mengesyorkan satu tajuk yang sesuai. 1) Info SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 2) Rangkaian SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 3) Buletin SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) Atas khidmat nasihat pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMAN | Berdasarkan latar belakang yang ringkas dan tidak mendalam yang diberikan oleh sdr, saya mencadangkan buletin/mjalah sdr di berikan judul "Buletin SKB". | Lain-lain | 21.04.2008 |
Yang mana betul, "perubatan tradisional Melayu" atau "perubatan Melayu tradisional"? | Frasa yang lazim digunakan ialah "perubatan tradisional Melayu". | Tatabahasa | 30.10.2015 |
ANTARA ILMU PERUBATAN DAN ILMU BIOLOGI ATAU ANTARA ILMU PERUBATAN DENGAN ILMU BIOLOGI | ANTARA ILMU PERUBATAN DENGAN ILMU BIOLOGI | Tatabahasa | 26.11.2010 |
Manakah yang lebih tepat? Al-Azhar, al-Azhar, Al Azhar atau al azhar? Perkataan ini akan digunakan pada persatuan kami di Mesir iaitu PERUBATAN Cawangan Al-Azhar. PERUBATAN merupakan singkatan kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir yang mempunyai 7 Cawangan mengikut universiti antaranya Universiti Al-Azhar. Kami masih keliru tentang cara penulisan Al-Azhar itu sendiri. Sebagai contoh, Pelajar Al-Azhar/ Bumi Al-Azhar/, hakikatnya adakah penggunaan Al-Azhar itu menepati tatabahasa yang sebenarnya, mohon pencerahan, terima kasih | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Azhar. | Tatabahasa | 11.04.2013 |
PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES KOLEJ ANTARABANGSA SAINS PERUBATAN PUSRAWI ATAU KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI | Lain-lain | 01.12.2010 |
KKM ada Perkhidmatan 'Occupational Therapy'. Kalau diterjemah, mana satu yang betul Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Carakerja) atau Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)? | Menurut data kami, dalam bidang perubatan, istilah untuk Occupational Therapy ialah Terapi Cara Kerja. Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah Perkhidmatan Terapi Cara Kerja. | Istilah | 06.03.2017 |
salam.. apakah perbezaan antara pengubatan dan perubatan? | Menurut kamus dewan, pengubatan ialah perihal mengubati (menyembuhkan penyakit, pesakit, dsb). Manakala, perubatan ialah perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati. Makna perubatan adalah lebih luas berbanding makna pengubatan. | Istilah | 10.12.2012 |
Salam Saya sedang menterjemahkan suatu dokumen perubatan. Saya melihat dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (2002), perkataan "ultrasound" telah diterjemahkan sebagai "ultrabunyi" tetapi dalam Istilah Perubatan (2003), perkataan itu telah diterjemahkan sebagai "ultrasound". Saya melihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan "ultrasound" tidak disenaraikan. Yang ada ialah "ultrabunyi" dan "ultrasonografi". Memandangkan Istilah Perubatan ialah buku Istilah khusus, bolehkah saya gunakan perkataan "ultrasound" walaupun perkataan itu tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Adakah Kamus Dewan mengatasi mana-mana buku Istilah lain? | Dalam bidang perubatan istilah ultrasound diterjemahkan sebagai ultrasound dan ultrabunyi, saudara boleh menggunakan kedua-dua istilah tersebut. Manakala sebagai kata umum (seperti dalam Kamus Dewan) atau bidang lain seperti fizik istilah ultrasound diterjemhkan sebagai ultrabunyi. | Istilah | 05.08.2009 |
Sya ingin tahu adakah DBP ada keluaran kamus dwibahasa istilah perubatan atau biologi. Bahasa inggeris-BM | DBP telah menerbitkan kamus/istilah perubatan dan biologi (dalam bentuk elektronik tidak ada). Kini DBP sedang menyiapkan kamus/istilah subbidang perubatan (khusus dalambidang tertentu) untuk diterbitkan tidak lama lagi | Lain-lain | 14.01.2009 |
Cadangan terjemahan untuk istilah "adrenaline rush"? | Tidak ada terjemahan adrenaline rush dalam pangkalan data kami. Dalam bidang kimia dan perubatan, adrenaline diterjemahkan kepada adrenalina, namun tidak ada padanan rush dalam bidang kimia dan perubatan. Dalam bidang perubatan dan sejarah, rush diterjemahkan kepada terdesak dan kerubut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.05.2015 |