Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.run.da.ngan]/[per.un.da.ngan] | ڤراوندڠن

Definisi : 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.run.da.ngan]/[per.un.da.ngan] | ڤراوندڠن

Definisi : hal mengenai undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perundangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt Tuan, a) Apakah status izin terbit n bilakah penerbitan semula Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP? b) Bolehkah saya pinjam Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP, dari pihak DBP, bagaimana caranya? c) Adakah masih diterbitkan Tafsir Mubin dan adakah boleh dibeli dari pihak DBP? d) Bolehkah pihak DBP berkongsi atau dibelu salinan digital Tafsir Mubin dan Fiqh & Perundangan Islam, memandangkan tiada lagi di pasaran Sekian, terima kasih, shaharSalam tuan,

Buku Fiqh dan Perundangan Islam,

Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku terjemahan karya Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam.

Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan.

Buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam yang diterbitkan oleh DBP ada ditempatkan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Oleh itu, tuan boleh menghubungi Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khai melalui nombor telefon 03- atau e-mel linda@dbp.gov.my untuk urusan selanjutnya.

Urusan pembelian buku Tafsir Mubin boleh dilakukan di Kedai Buku DBP Hulu Kelang atau melalui portal DBPNiaga.my sekiranya masih ada stok.Tuan boleh berhubung dengan Encik Muhammad Rasul bin Abd Manan melalui nombor telefon 03-4100 0000 atau e-mel rasul@dbp.gov.my.bagi tujuan tersebut.

Untuk makluman tuan, buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam dan Tafsir Mubin tidak diterbitkan dalam bentuk digital.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain02.10.2021
Kami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. munsyi, apakahkesalahan ayat ini? TKKami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. 
Perundangan
1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam

Undangan
1 orang yg diundang. 2 jemputan atau panggilan utk datang: kad ~ kad jemputan.

Kami telah menerima undangan ke majlis pertunangan anaknya.


Tatabahasa21.09.2012
Kenapa badan perundangan negeri di Pahang menggunakan istilah Dewan Negeri Pahang dan ahlinya dipanggil ADN sebagai nama rasmi seperti juga di Johor, Perak dan Selangor, tidak seperti negeri-negeri lain yang menggunakan istilah Dewan Undangan Negeri atau ahlinya dipanggil ADUN?DBP memohon maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas. Mohon saudara mendapatkan maklumat lanjut daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Unit Protokol) berkaitan dengan perkara tersebut.


Lain-lain13.04.2023
LEGISLATIVEPERUNDANGANIstilah26.10.2010
SAYA MEMERLUKAN DEFINISI BAGI ISTILAH PERUNDANGAN DAN UNDANG-UNDANG DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN JUGA KESESUAIAN PERKATAAN TERSEBUT BAGI MENJALANKAN PENJENAMAAN SEMULA DARIPADA UNIT KEPADA BAHAGIAN. APAKAH ISTILAH TERBAIK UNTUK DIGUNAKAN?SAMA ADA BAHAGIAN UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIAN PERUNDANGAN?ATAU TERDAPAT ISTILAH LAIN YANG LEBIH SESUAI DIGUNAKAN?Undang-undang bermaksud peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu, manakala perundangan pula bermaksud yang berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang perundangan dan kehakiman. Yang paling tepat digunakan ialah Bahagian Undang-undang.Istilah06.11.2008
Salam sejahtera, Adakah 'Decree-Law' boleh diterjemahkan sebagai 'Perundangan Dekri'? Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Setelah mengadakan perbincangan dengan peguam terlatih berkenaan perkara ini, Decree Law boleh diterjemah kepada Perundangan Dekri.

Harap maklum.

Terima kasih
Istilah16.01.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apakah padanan yang sesuai bagi "non-exclusive license" dalam bidang perundangan. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi non-exclusive license dalam bidang perundangan ialah "Lesen tak eksklusif."Lain-lain21.05.2022
Assalamualaikum wbt Tuan, Kenapa DBP tidak lagi menerbt Fiqh & Perundangan Islam, Zuhaili, DBP? Boleh saya cadangkan diterbit semula? Atau adakah saya masih lagi boleh mendapatkannya? Adakah DBP pernah menerbitkan versi ebook? Sekian, terima kasih ShaharSaudara Shahar bin Kamarudin yang dirahmati Allah SWT,

Penerbitan Buku Fiqh dan Perundangan Islam

Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku  terjemahan karya Prof. Dr. Wahbah Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam.

2. Untuk pengetahuan saudara, buku tersebut tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku itu telah tamat. Permohonan semula izin terbit  buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek, DBP. Namun, disebabkan penerbitannya memerlukan kos yang tinggi termasuk untuk memperoleh  izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan, maka penerbitannya terpaksa ditangguhkan. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat membekalkan buku tersebut kerana tiada stok dalam bentuk bercetak. Disebabkan perkara tersebut, buku ini juga tidak dapat diterbitkan dalam bentuk digital kerana izin terbit daripada penerbit asal tidak diperoleh.

Sekian, untuk makluman.
Lain-lain18.09.2021
Salam 1 Malaysia, Tuan, Saya memohon pencerahan frasa yang betul: Bahagian Undang-Undang dan Penguatkuasaan atau Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan? Sekian, terima kasih.Undang-undang bermaksud peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu, manakala perundangan pula bermaksud yang berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang perundangan dan kehakiman.
Maka, frasa yang betul ialah Bahagian Undang-undang dan Penguatkuasaan.
Tatabahasa09.11.2014
apakah yang dimaksudkan dengan 'bersesama'. Perkataan 'bersesama' ini saya temui di dalam buku perundangan. Apakah beza antara bersama-sama dengan bersesama?Perkataan bersama-sama bermaksud berserta, bergandingan dengan, serentak dengan.
Manakala perkataan bersesama dalam bidang perundangan bermaksud memiliki bersama yang merujuk berkaitan dengan harta pusaka. 
Makna22.12.2021
1234567

Kembali ke atas