Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rut] | ڤروت

Definisi : 1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman ma­kanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengan­dungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kan­tung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pen­cernaan makanan yg berupa saluran yg pan­jang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu milik­nya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari peng­hidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perem­puan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rut] | ڤروت

Definisi : ark gulungan benang yg kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rut] | ڤروت

Definisi : ; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), mayang bukit, nyatuh bunga (kerangan, pipi), Payena lucida; akar ~ gagak = akar kerbau betina sj tumbuhan (pokok memanjat), Byttneria maingayi; akar ~ kerbau (kijang) sj tumbuhan (pokok memanjat), secerek (sejerit) hitam, selempah, Gnetum campestre. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rut] | ڤروت

Definisi : 1 bahagian tubuh sebelah hadapan yg letaknya di antara dada dgn ari-ari: ~nya buncit. 2 alat dlm tubuh yg berupa kantung tempat makanan dicernakan: ~nya sudah kosong. 3 bahagian dlm tubuh perempuan tempat bayi dikandung; rahim: Ketika Jepun kalah perang dahulu, saya masih dlm ~ ibu lagi. ~ babat ruang pertama dan yg terbesar pd perut haiwan pengunyah, tempat makanan menjadi separuh cerna. ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam. ~ jalinan ruang kedua pd perut haiwan pengunyah yg dilapisi membran yg berbentuk spt sarang lebah dan berfungsi sbg tempat terkumpulnya benda-benda yg tidak mudah hadam. ~ kapal bahagian kapal yg di tengah-tengah. ~ kitab ruang ketiga pd perut haiwan pengunyah yg terdiri drpd dinding otot yg pejal dan berfungsi utk memerah air keluar dr bahan makanan sebelum bahan makanan itu masuk ke perut sebenar atau perut masam. ~ laut bahagian dasar laut. ~ masam ruang keempat pd perut haiwan pengunyah yg menjalankan proses pencernaan. ~ muda (panjang) usus; tali perut. ~ padi bahagian batang padi yg besar. ~ tunggal perut yg tidak banyak mempunyai ruang (spt yg terdapat pd perut ayam, itik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perut

Puisi
 

Kalau tak tahu jangan digagah,
     Lidah tak nyaman perut pun tak sebu;
Hilir malam mudik tak singgah,
     Buah nipah disangka labu.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Perut kosong penggilap otak.

Bermaksud :

Lapar menyebabkan orang berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan kata penguat berikut betul: 1. Aduh, terlalu amat sakit perut saya ini! 2. Aduh, benar sungguh sakit perut saya ini!1. Aduh, terlalu sakit perut ini! atau Aduh, amat sakit perut ini.Tatabahasa21.04.2010
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013
Yang mana paling tepat?: a) Air liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut b) Air liur basi itu najis kerana datangnya dari perutAir liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut.Tatabahasa01.07.2012
penggunaan kata hubung hadir sebelum atau selepas tempat. a) Ali sedang makan di kantin untuk mengalas perut. b) Ali sedang makan untuk mengalas perut di kantin. mana satu ayat yang betul dan mengapa ?

Jawapan yang betul ialah Ali sedang makan di kantin. Frasa 'mengalas perut' dianggap lewah.

Tatabahasa29.04.2010
KOnduktor bas itu tidak berhati perut _____. A betul B amat Apakah jawapan yang paling sesuai? Terima kasih.

Sdr. Ginalim, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Jawapan yang betul ialah tidak berhati perut betul.

Terima kasih.

 

Makna20.08.2009
hati gadis itu menjadi kecut apabila melalui lorong yang sunyi itu. adakah perkataan kecut itu sesuai? terima kasihKecut bermaksud kering berkedut, manakala kecut hati dan kecut perut lazimnya dikiaskan kepada perasaan takut, ngeri dan sebagainya. Oleh itu, perkataan yang betul ialah kecut perut seperti "gadis itu berasa kecut perut apabila melalui lorong yang sunyi itu".Tatabahasa13.06.2013
Pusat I - Pusat II -Pusat I - Lekuk di tengah perut Pusat II - Kawasan (daerah) yang letaknya di tengah- tengah benar. - Punca @ tumpuan berbagai-bagai kegiatan.Makna23.03.2007
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ?

kembungI

  • 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;

 

gembungI

  • = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna06.12.2009
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujurAntara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my .Lain-lain01.10.2006
Adakah frasa di bawah lewah atau mantap ? Ada pandangan daripada sarjana bahasa menyatakan bahawa frasa di bawah tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu. 1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki 5. senak perut 6. pening kepalaFrasa yang berikut tidak gramatis, iaitu:  1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki; manakala frasa senak perut dan pening kepala telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu.Tatabahasa12.05.2011
12

Kembali ke atas