Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sa.kit] | ڤساکيت

Definisi : orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.kit] | ڤساکيت

Definisi : orang yg sakit. ~ luar pesakit yg hanya diberi rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke (dlm) wad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana betul? 1. Pesakit pediatrik leukemia atau 2. Pesakit leukemia pediatrik? terima kasihMenurut Hukum D-M, yang diterang ialah pesakit, iaitu pesakit padiatrik; manakala  yang menerang ialah leukemia yakni yang mengfhidap penyakit leukemia. Cadangan ialah pesakit pediatrik leukemia.Tatabahasa27.07.2009
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat.1. Ayat pertama betul.
2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 
3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital.
4. Seorang doktor sedang menyuluh  ke dalam mata pesakit.
5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat.
Tatabahasa13.08.2013
kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit demam denggi berdarah telah ditematkan di unit rawatan rapi di hospital bekenaan. soalannya adakah benar penggunaan perkataan 'menghidap' atau guna perkataan 'mengidap'. apakah beza pengunaan kedua-dua perkataan tersebut.Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap).Tatabahasa04.11.2013
adakah "pesakit kanser" kata nama majmuk

Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Jika kita mengikut tatacara pembentukan kata majkuk rangkai kata ini memang tergolong dalam kata majmuk/

terima kasih 

Tatabahasa29.10.2009
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua.1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam.
2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu.
3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng.
4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu.
5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu.
6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua.
Tatabahasa10.08.2013
tuan, Doktor ini menjalani pemindahan buah pinggang ke atas pesakit itu. adakah ayat ini betul? TQAyat yang betul ialah Doktor menjalankan pemindahan buah pinggang terhadap  pesakit itu.Tatabahasa18.01.2012
Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan ke atas pesakit itu. tuan, adakah ke atas boleh digunakan? tqAyat yang betul ialah Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu. Farasa ke atas digunakan apabila merujuk tempat.Tatabahasa01.02.2012
Saya dan beberapa pensyarah Jabatan Perubatan PPUKM ingin mengadaptasikan satu ujian neuropsikologi yg digunakan di negara Barat untuk kegunaan masyarakat Malaysia. Dalam ujian tersebut, pesakit akan diminta untuk menamakan sebanyak mungkin perkataan yang bermula dari huruf "F", "A", dan "S" dalam tempoh satu minit setiap satu huruf. Dan skor pesakit adalah berdasarkan jumlah perkataan yang berjaya dinamakan. Walaubagaimanapun, pihak kami berpendapat, agak sukar bagi pesakit di Malaysia untuk menamakan perkataan2 berbahasa Melayu yang bermula dari huruf "F" dan ini menyebabkan pesakit akan mendapat skor yang rendah yang tidak menggambarkan pencapaian beliau yang sebenar. Oleh itu kami ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan untuk menggantikan huruf-huruf yang sesuai bagi ujian tersebut terutama penggantian huruf "F". Untuk makluman tuan, menurut versi asal ujian tersebut huruf2 berkenaan dipilih berdasarkan kekerapan penggunaan dalam perkataan berbahasa inggeris. Khidmat nasihat dan kerjasama tuan dalam hal ini amat2 dihargai. Terima kasih.Soalan puan memerlukan perincian dan data yang sahih yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Pihak kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan Bahagian Perkamusan dan akan kami e-melkan data yang diperlukan kepada Puan Khairiyah dengan kadar segera.Tatabahasa11.12.2012
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis1. Wajah pesakit kanser itu pucat.

2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa.  2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat).

     a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar.
    Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas.

    b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan.

3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
Tatabahasa13.03.2013
Salam Satu Malaysia, Tuan / Puan, Minta tolong perlahankan suara anda ketika berada di wad pesakit. Adakah penggunaan 'minta' di atas perlu ? Saya memesan kopi manakala adik memesan teh. Adakah penggunaan 'manakala' di atas betul ?Dalam situasi rasmi lazimnya ditulis atau disebut "sila perlahankan suara anda ketika berada di wad pesakit". Perkataan minta lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa26.09.2012
123

Kembali ke atas