Tuan, yang manakah betul? "Apakah pesanan anda di bulan mulia ini?" "Apakah pesanan anda pada bulan mulia ini?" | Ayat yang betul ialah Apakah pesanan anda pada bulan mulia ini?" | Tatabahasa | 26.04.2012 |
1.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan dari para pelanggan. 2.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. mana satu ayat yang betul? | Ayat kedua yang betul, seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Yang mana paling tepat: 1. Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ... 2. Beliau mengemaskinikan status laman sosial beliau dengan pesanan... | Frasa yang gramatis ialah "Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ...".
| Tatabahasa | 01.04.2013 |
Saya nak tahu apa penterjemahan untuk perkataan "SMS Banking" dalam bahasa malaysia ? Bolehkah saya gunakan "Perbankan Sistem Pesanan Ringkas" atau "Perbankan Khidmat Pesanan Ringkas" ? | Padanan yang sesuai ialah perbankan khidmat pesanan ringkas. | Istilah | 16.07.2008 |
Sila tujukan pesanan ini kepada pengendali/pengelola Gerbang Kata, jadikannya lebih mesra pengguna. Tiada maklum balas e-mel langsung. Didik rakyat Malaysia cara menyarankan kata melalui platform tersebut. Sekarang ini sukar kerana untuk melihat saran baharu pun kena taip sendiri pautan http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx kerana tiada langsusng butang untuk ke sana. | Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388. | Lain-lain | 20.04.2019 |
Tolong cek pesanan saya pada 3 mac 2015 bernombor rujukan 1586 atas nama Lim Pui Ting, tempahan dibuat secara online. Tolong balas email saya atau hubungi saya. Terims kasih Lim Pui Ting HP no. 0168307138 | Untuk urusan tempahan tempat/dewan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pentadbiran Am, DBP di talian 03-21479095/9409/9080. | Lain-lain | 18.03.2015 |
Wasiat Terakhir Tunku Pesanan Tunku | Wasiat Tunku Pesanan Terakhir Tunku | Tatabahasa | 12.11.2008 |
adakah ayat ini betul: butiran pesanan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan | Butiran pesanan akan dihantar melalui e-mel yang anda berikan. | Lain-lain | 22.02.2018 |
Saya ingin tanya tentang bahasa sistem pesanan ringkas(sms) yg boleh digunakan mengikut DBP. | Saudaraboleh membuat rujukan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahasa Melayu di laman web ini http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf. | Lain-lain | 01.08.2009 |
sila nyatakan bagaimana untuk saya mendapatkan bibliogafi penulis berkaitan dengan penggunaan khidmat pesanan ringkas | Soalan saudara tidak jelas, jika buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu, terbitan tidak ada penulis individu, buku tersebut diusahakan penerbitannya oleh Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP. | Lain-lain | 23.06.2010 |