1.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan dari para pelanggan. 2.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. mana satu ayat yang betul? | Ayat kedua yang betul, seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Yang mana paling tepat: 1. Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ... 2. Beliau mengemaskinikan status laman sosial beliau dengan pesanan... | Frasa yang gramatis ialah "Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ...".
| Tatabahasa | 01.04.2013 |
Salam 1 Malaysia, Harap dapat perbetulkan transilasi dari bahasa inggeris ke bahasa melayu di bawah: "There is no service charge for take away items." "Tiada caj perkhidmatan untuk pesanan makanan bawa pulang." Terima Kasih. | Tiada caj perkhidmatan untuk pesanan makanan bawa pulang. Terjemahan ini betul dalam konteks ayat tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.11.2015 |
Selamat sejahtera, Adakah penggunaan ayat ini betul? 1)a) Seorang pelanggan sedang memesan makanan daripada pelayan restoran itu. b) Seorang pelanggan sedang memesan makanan pada pelayan restoran itu. c) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. 2) a) Pelayan di restoran itu sedang mengambil pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. b) Pelayan di restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. Apakah ayat yg paling tepat?TQ | a) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. b) Pelayan restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggannya. | Lain-lain | 18.12.2007 |
Boleh saya dapatkan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu terkini?. Atau mana-mana dokumen yang berkaintan sebagai rujukan. Saya ada dokumen yang saya dapati hasil carian di internet, tetapi ianya dari tahun 2008. Terima kasih | Salam sejahtera, Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Berdasarkan soalan di atas, pegawai di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP ada membuat beberapa carian menggunakan sistem pustaka DBP, iaitu: pustakav2.dbp.gov.my dan dikongsikan hasil carian tersebut untuk makluman pihak tuan selanjutnya. 1. http://pustakav2.dbp.gov.my/?jc=a&kata=khidmat+pesanan+ringkas&submit=&optJenis=1&optMedan=judul&optBahan=semua 2. http://pustakav2.dbp.gov.my/?jc=a&kata=sms&submit=&optJenis=1&optMedan=judul&optBahan=semua&myTable_length=10 kami berharap agar maklumat tersebut dapat membantu pihak tuan. Sekian. | Lain-lain | 06.06.2021 |
Salam. Saya ingin bertanya tentang pertama, keberadaan subjek dan predikat dalam ayat ini. Memandangkan ia ayat majmuk, adakah ayat ini mempunyai lebih daripada 1 subjek dan 1 predikat? "Tapi dia dan isterinya tidak pernah sembahyang maka itu Johan ke bilik belakang untuk menyempurnakan pesanan gurunya." Kedua, adakah ayat di bawah ini ayat songsang? "Johan pasti ke bilik Pak Kudus, orang tua yang menjadi tukang kebun rumahnya, fikir Ahmadi." Terima kasih. | Subjek dan predikat merupakan pola bagi pembentukan ayat dasar. Contohnya, Encik Ahmad guru sekolah. Encik Ahmad merupakan subjek dan guru sekolah ialah predikat. Manakala ayat majmuk pula ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contohnya Johan dan isterinya tidak pernah sembahyang maka dia pun pergi ke bilik belakang untuk menyempurnakan pesanan gurunya. Dalam contoh tersebut, terdapat 3 ayat tunggal yang digabungkan menjadi satu ayat. 1"> Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 250-254 dan 497-522.1"> Ayat kedua ialah dialog dalam karya sama ada cerpen atau novel. Dalam dialog, penulis biasanya berkecenderungan menggunakan bahasa percakapan seharian. Sedangkan ayat songsang pula merupakan ayat terbalik atau songsang, iaitu predikat mendahului subjek. Contoh ayat songsang, Comel kucing itu. Perkataan comel merupakan predikat dan kucing itu ialah subjek. 1"> Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 457-458. | Tatabahasa | 30.09.2021 |
1. adakah antologi cerpen remaja KAMI DAN AFEYA ada dijual. adik saya penulis salah 1 cerpen dalam buku berkenaan (NORHASNIZAR MOHAMAD). sekiranya ada, saya ingin membeli. | Saudara boleh membuat pesanan terus kepada kedai buku koperasi DBP melalui e-mel. Alamat e-mel ialah: koopdbp@yahoo.com | Lain-lain | 19.10.2014 |
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 | Lain-lain | 23.07.2007 |
Boleh terangkan kepada saya tentang penggunaan tanda seru (!) dari segi tatabahasa. Adakah tanda seru ini boleh membawa maksud seseorang itu marah atau rasa kurang jika digunakan di dalam konteks ayat yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas. Contoh 1): Oh, anda sungguh cantik!- adakah ayat ini merupakan ayat penyata dan dalam nada memuji? Contoh 2): tidak boleh satu rumah kerana bukan muhrim! - adakah ayat ini ayat penyata dan menunjukkan penyampai itu sedang marah? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu. Sekian, terima kasih | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!
| Tatabahasa | 25.02.2014 |
Apakah perbezaan antara kepada , untuk dan terhadap ? Saya menghadapi masalah utk menerangkan kpd anak murid saya yang selalu 'confuse'. Cth ayat anak murid : 1) Pelayan itu menulis pesanan makanan untuk pelanggannya. 2) Pelanggan itu memesan makanan kepada pelayan itu. 3) Kita harulah hormat terhadap ibubapa kita. 4) Lili menulis surat untuk ibunya di kampung. 5) Ahmad menulis surat kepada ibunya di kampung. TQ | Secara keseluruhannya ayat yang dikemukakan adalah betul daripada penggunaan kata sendinya cuma terdapat bebarapa formula antaranya: 1. kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. 2. dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua sendi nama yang seupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan,atau,tetapi kecuali dalam penggabungan sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama | Tatabahasa | 18.12.2007 |