Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sa.ra] | ڤسارا

Definisi : orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.ra] | ڤسارا

Definisi : pasar: di tempat-tempat ~ orang berjual barang-barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.ra] | ڤسارا

Definisi : orang yg bersara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya seorang pesara guru. Jawatan terakhir saya ialah pengetua cemerlang. Saya telah menyiapkan autobiography saya setebal lebih 400 ms. Ia mengandungi pengalaman hidup saya semasa kecil di kampung dan sebagai guru hinggalah bersara. Saya menganggap buku ini sesuai dibaca oleh jenerasi muda sekarang ini dan lebih-lebih lagi untuk bacaan guru-guru juga untuk dijadikan iktibar. Bagaimana cara menentukan buku ini sesuai untuk diterbitkan? Adakah DBP bersedia menilai dan menerbitkannya? Saya bersedia menghantar skripnya bila-bilamasa.

Assalamualaikum,

                           DBP bersedia menerbitkan judul yang berkenaan dengan syarat judul tersebut diserahkan kepada DBP untuk dibuat penilaian awal untuk melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak.  Mohon kemukakan judul tersebut kepada:

Ketua Editor, Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Peti surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Terima kasih 

 

Lain-lain02.04.2010
Salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana telah membantu UTM memilih nama majlis anugerah kualiti kita kepada Anugerah Citra karisma. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kerjasama pihak tuan untuk mencadangkan nama klasik untuk majlis meraikan pesara dan bakal pesara utm yang bakal diadakan pada November 2009. Atas kerjasama saudara dalam perkara ini didahului dengan terima kasih.

Saudara Norazizah,

Kami mencadangkan nama berkut : i. Majlis Jasamu Dikenang ii. Majlis Sanjungan Budi iii. Majlis Budimu Disanjung  

Lain-lain02.09.2009
petinju , peninju , penuduh , petuduh , pengilang , pekilang , pesuruh , penyuruh , pesara , penyara , pesakit , penyakit , penanda , petandaSoalan tidak jelas. Sila rujuk laman sesawang prpm.dbp.gov.my untuk makna perkataan yang dinyatakan.Tatabahasa11.01.2013
Salam..mohon pihak tuan menyemak apa2 kesalahan atau penggunaan bahasa pada ayat dibawah ini..terima kasih Majlis ini dihadiri oleh 350 tetamu yang terdiri daripada Kerabat Diraja, Pegawai Kanan Tentera, Tokoh Korprat , Pegawai Tentera dan para pesara daripada kedua-dua Kor.

Salam saudara,


Penggunaan ayat di atas tepat. Namun sila betulkan ejaan pada perkataan 'Korprat' kepada Korporat

Lain-lain22.09.2012
Salam Sejahtera, Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'alumni' sebagai 'siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti'. Saya ingin memetik takrifan alumni di dalam Kamus American Heritage sebagai kumpulan graduan atau bekas pelajar (lelaki dan perempuan) sekolah, kolej atau universiti. Jika seorang pelajar lelaki dipanggil alumnus dan jika seorang pelajar perempuan dipanggil alumna (Kumpulan bekas pelajar perempuan sahaja dipanggil alumnae). Pertanyaan saya ialah: 1) adakah perkataan 'alumni' di dalam Kamus Dewan merujuk kepada individu atau kumpulan atau kedua-duanya sama sahaja? 2) adakah perkataan 'alumni' boleh digunakan untuk bekas pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain pusat pendidikan termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara? 3) apakah perkataan yang sesuai mewakili bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti? Sekian, terima kasih. Ahmed Razman

1. Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara dengannya sama ada individu atau berkumpulan.

2. Alumni tidak sesuai untuk merujuk bekas pelajar sekolah atau pusat latihan.

3. Bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti digelar pesara.

Istilah03.03.2009

Kembali ke atas