Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pesat
Rujuk :pantas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. 1. bau yang harum atau harum baunya betul? berkembang dengan pesatnya atau pesat berkembang betul? berlari dengan pantas atau berlari dengan pantasnya betul? 2. Mereka mengemas bilik tidur atau mereka mengemaskan bilik tidur betul? 3. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya atau saya telah dihadiahi oleh ibu seutas jam tangan pada hari jadi saya betul? 4. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan. Adakah ayat ini betul? 5. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. Adakah ayat ini betul? Terima kasih atas jawaban tuan.

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1. Bau yang harum/harum baunya  

2.    2. Berkembang dengan pesatnya/pesat berkembang

3.    3. Berlari dengan pantasnya

4.    4. Mereka mengemas bilik tidur/mereka mengemaskan bilik tidur

5.    5. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya

6.    6. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan

7. 7 7. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini.

Tatabahasa15.07.2021
mohon semakan sama ada ayat-ayat ini betul atau salah: 1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui proses kurikulum yang termampat, dipecut dan diperkaya agar minda dan pemikiran mereka akan sentiasa tercabar dan membina dari semasa ke semasa 2. Pembangunan kursus dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial; aktiviti normal kehidupan mereka yang petah menggunakan aplikasi tersebut dalam komputer mahupun peranti mudah alih yang lain 3 Hal ini kerana penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan mengakibatkan kematian jika dijangkiti. 4. Hal ini membuktikan, walaupun perkembangan zaman era teknologi kini pesat membangun, pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian.

Ayat yang betul:

1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui pembelajaran yang padat, pantas dan meluas agar minda dan pemikiran mereka sentiasa terbuka dari semasa ke semasa.

2. Pembangunan kursus dalam talian seperti <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Massive Open Online Courses i>(MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial kepada pengguna supaya lebih mahir menggunakan aplikasi tersebut dengan komputer mahupun peranti mudah alih yang lain.

3. Hal ini disebabkan penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan boleh mengakibatkan kematian jika dijangkiti.

4. Hal ini membuktikan bahawa pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian walaupun perkembangan era teknologi kini pesat membangun.
Tatabahasa25.11.2021
Saya terbaca perkataan Pelajar Digital-Natif dalam skema pemarkahan....maka saya ingin kepastian sama ada perkataan "Natif" itu diterima pakai dalam penulisan esei Bahasa Melayu. Secara peribadi saya tidak bersetuju(amat tidak bersetuju) tentang pengaruh Bahasa Inggeris yang "terlampau" dalam Bahasa Melayu seperti Bahasa Indonesia. Mohon pencerahan.Terima kasih tuan.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang berkembang pesat di dunia ini. Tidak dapat tidak bahasa ini mengalami kemasukan kata-kata asing daripada bahasa lain termasuklah bahasa Inggeris. Keadaan tersebut sama seperti bahasa-bahasa yang lain di dunia.

Kata "natif" merupakan salah satu contoh kata yang telah terserap dalam bahasa Melayu. Kata ini telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan tiga pecahan makna. Kehadiran kata ini dalam bahasa Melayu terbukti dengan penggunaannya yang meluas dalam korpus bahasa Melayu, misalnya dalam bidang linguistik. Masyarakat bebas menggunakan kata ini mengikut sistem dan laras bahasa Melayu yang sesuai.

Berikut ialah makna kata natif dalam KDP:
natif ناتيف
kata adjektif
1. (berkenaan dengan bahasa) mula-mula dituturkan sejak lahir.
Contoh:
Cara mereka menyebut kata-kata pinjaman ini dipengaruhi oleh bunyi yang sepadan dalam bahasa natif mereka.

2. (berkenaan dengan penutur atau pengguna sesuatu bahasa) bertutur atau bercakap dalam bahasa tertentu sebagai bahasa pertamanya sejak lahir dan bukannya sebagai bahasa asing.
Contoh:
a) Orang Melayu penutur natif bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai bahasa pertama.
b) Pengguna natif bahasa ini ialah puak Cherokee di Amerika Utara.

3.(berkenaan dengan orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain) mula-mula tinggal di sesuatu tempat atau sesebuah daerah, negeri dan sebagainya sejak lahir atau tumbuh.
Contoh:
a) Dalam sejarah, penduduk natif Afrika Selatan pernah menjadi mangsa dasar diskriminasi kerajaan kulit putih di negara itu.
b) Untuk landskap di Putrajaya, pokok natif dan yang rendah tahap senggaranya dipilih sebagai keutamaan.

Makna09.01.2025
Soalan yang pertama ingin diajukan adalah tentang Definisi sosiobudaya masyarakat melayu, cina, india dan lain-lain Soalan yang kedua adalah Definisi permainan dari segi permainan pada masa lapang, permainan sebagai hiburan serta kepentingan permainan
 

 

Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat, sosiobudaya boleh ditakrifkan sebagai  hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll): Contoh ayat: Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~, ekonomi, dsb. Permainan pula ditakrifkan sebagai  1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain. Saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mengunjungi mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk membuat kajian kerana pertanyaan saudara memerlukan penyelidikan yang terperinci.

 
Lain-lain22.02.2009
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya?

Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza.

Tatabahasa05.02.2008
Mohon diberi penerangan tentang penggunaan frasa dalam ayat yang ditulis dalam akhbar tempatan.Terdapat banyak kesalahan dalam ayat contoh yang diberikan termasuklah pemilihan kata yang tidak sesuai, ejaan yang salah penggunaan kata terbitan yang tidak betul, penggunaan kata sendi nama yang tidak betul, penggunaan kata tanya dalam ayat penyata dan ayat tidak lengkap.
Contohnya dalam ayat 1Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran. Penggunaan kata muda dan besar tidak tepat dari segi semantik (rujuk kamus untuk melihat makna ayat), begitu juga dengan penggunaan kata sendi nama dalam tidak sesuai dengan konteks ayat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi Sebagai sebuah negara yang pesat berkembang pemimpin Malaysia mengambil langkah berani demi kemajuan dan kemakmuran negara.
Begitu juga dengan ayat 2: Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru. Ayat ini boleh dibaiki menjadi Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan berusaha mendapat kepandaian dan keupayaan baharu. Sebab itulah penting bagi ibu bapa menggalakkan mereka membuat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baharu.
Untuk ayat 3 - 11 sila analisis dengan merujuk buku tatabahasa dan kamus.
Tatabahasa09.10.2012

Kembali ke atas