1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan" | 1. berat badan lebih (betul) 2. penggunaan perkataan "ianya" Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. 3....ialah antara...(betul) 4....peningkatan usaha...(betul) 5....mengunjungi gimnasium... 6....muka pengadilan...(betul) 7....adalah agar peserta dapat...(betul) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul) 10....tenaga yang boleh diperbaharu... 11....berpunca kerana...(betul) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah... 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan" Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa. | Lain-lain | 13.07.2010 |
Soalan saya: Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat? 1. Kebanyakan ibu di Malaysia... atau 2. Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia... Bolehkah diterangkan penggunaan 'kebanyakan' dengan lebih terperinci? Terima Kasih atas bantuan. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Ayat yang lebih tepat ialah 'kebanyakan ibu di Malaysia' kerana perkataan kebanyakan sudah menunjukkan 'banyak' atau 'jamak', jadi tidak perlu ditambah perkataan 'ibu-ibu', memadai ibu sahaja. | Tatabahasa | 12.12.2012 |