Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pés.ta] | ڤيستا

Definisi : (pésta) 1. kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan sesuatu peristiwa, pe­rayaan: dia selalu pergi menghadiri ~ jamuan yg diadakan; 2. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tuju­an yg tersendiri, festival: ~ buku; ~ makanan; 3. perayaan kebudayaan atau keagamaan: P~ Kaamatan; P~ Gawai; ~ bola acara mengadakan siri pertandingan bola sepak; ~ buku kempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi, membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan; ~ dansa perayaan dgn berdansa; ~ filem pertandingan (pertunjukan) beberapa buah filem; ~ gila bp perayaan tari-menari dgn orang yg meng­hadirinya berpakaian anekaragam (bertopeng dll); P~ Kaamatan pesta yg dirayakan sbg tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dgn memuja semangat padi; ~ kahwin = ~ nikah perayaan kahwin; ~ lagu pertandingan lagu yg mempersembahkan pel­bagai tema dan irama muzik (spt jaz, rap, rok, asli, dll); ~ makanan kegiatan memper­kenal, menghidang, dan menjual pelbagai ren­cah resipi masakan yg beraneka rasa (spt masakan pedas, manis, masin, dll); ~ ria acara keramaian utk bersuka ria yg diadakan di tempat lapang dsb, biasanya disertai berbagai­bagai aktiviti lain spt pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dsb; berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dgn makan minum dll); memestakan 1. merayakan (sesuatu peris­tiwa dll) dgn makan minum dan bersuka ria: aku tidak pernah berasa perlu utk ~ ulang tahun; 2. mengadakan pesta utk: ~ anaknya yg baru pulang dr luar negeri; pesta-pestaan perihal berseronok-seronok (bersuka ria): kebudayaan itu adalah suatu yg serius, bukan sekadar riuh-rendah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pés.ta] | ڤيستا

Definisi : /pésta/ majlis bersuka ria dgn mengadakan makan minum (tari-menari dll); majlis keramaian utk bersuka ria; perayaan. ~ kahwin perayaan utk menyambut perkahwinan. ~ magan pesta yg dirayakan oleh suku kaum Kadazan yg berupa upacara penyerahan tengkorak drpd satu generasi kpd satu generasi. ~ main pantai pesta utk bersuka-suka di pantai dan disertai pertunjukan dan hiburan. ~ ria (suka ria) pesta utk bersuka-suka yg diadakan di kawasan lapang (spt di padang) dan disertai berbagai-bagai pertunjukan, permainan, jual beli dsb. berpesta bersuka ria dgn mengadakan jamuan, tarian dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesta (kata nama)
Bersinonim dengan perayaan, keramaian, keraian, majlis, upacara, kenduri, perjamuan, selapanan;,
Kata Terbitan : berpesta, berpesta-pesta,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "Pesta Ponggal" dan "Pesta Tanglung "dikehendaki huruf besar?Perkataan "Pesta Ponggal dan Pesta Tanglung" dimulai dengan huruf besar di pangkal perkataan.Tatabahasa12.07.2013
APAKAH ITU PESTA KALIMARAN? DARI MANA ASAL USUL PESTA TERSEBUT?

Pesta Kalimaran merupakan satu perayaan tradisional kaum Murut di Sabah. Ia dirayakan setiap tahun pada 31 Mac.

Lain-lain31.05.2009
1) pesta buku atau Pesta Buku, manakah yang betul? 2) Kelaskan kata-kata nama yang berikut mengikut kumpulan, adakah kata-kata nama sesuai digunakan? (Fail dilampirkan)1. pesta buku
2. Sila rujuk lampiran.
Tatabahasa16.04.2013
FIESTA dan PESTA Adakah ia memberi maksud yang sama? Apakah perbezaan maksudnya? Situasi bagimana perlu menggunakan FIESTA/PESTA?Ejaan dalam  bahasa Melayu yang betul ialah pesta. Fiesta merupakan ejaan bahasa Inggeris.Tatabahasa16.10.2013
Festival Jublis Emas UiTM atau Pesta Jubli Emas UiTMPesta Jubli Emas UiTM. Perkataan Festival adalah daripada perkataan bahasa Inggeris dan belum diterima secara sah dalam Kamus Dewan, terbitan DBP. Harap maklum.Istilah26.09.2006
Apakah terjemahan bagi 'party hat'? Adakah 'topi pesta'?

Puan Azeelia,

Cadangan terjemahan bagi perkataan tersebut ialah topi pesta.

Istilah24.06.2010
Dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, rata-rata orang menyebut “booth pameran”. Sebutan ini tergolong dalam konsep sekerat ular, sekerat belut. Apakah ungkapan yang sesuai/tepat untuk “booth pameran”?Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "booth" ialah pondok, bilik, ruang, petak dan gerai. Oleh itu, dalam konteks Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, istilah yang sesuai ialah ruang atau petak.Istilah09.05.2012
1." Saya ternampak seekor ular sedang (melingkar/membelit/menyusur) di bawah pokok itu." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 2. " Banyak pengunjung sedang ( berlambak-lambak/ berdedai-dedai) ke pesta sukan air tersebut." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 3. "Jabatan ini menghubungkan Kampung A (dan/dengan) Kampung B" Apakah jawapannya? Saya akan menanti jawapan anda..Terima kasih atas bantuan anda.

1. Saya ternampak seekor ular sedang melingkar di bawah pokok itu.

2. Banyak pengunjung sedang berdedai-dedai ke pesta sukan air tersebut.

3. Jambatan ini menghubungkan Kampung A dan Kampung B.

Tatabahasa10.07.2009
Salam. Saya berkhidmat sebagai Pegawai Khas Koakademik iaitu mengelolakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Pidato, Forum Remaja dan juga Pesta Pantun di kalangan murid-murid Daerah Petaling. Diharap pihak Tuan boleh mencadangkan saya tajuk-tajuk yang sesuai untuk diperbahaskan dan di pidatokan. Terima kasih. Nuraini bt Abd. RahmanUntuk makluman puan, bagi Pertandingan Forum Remaja, tajuk Pertandingan Forum Remaja akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan kepada pegawai JPN (JK Induk Pertandingan Forum Remaja) yang terlibat.  Bagi pertandingan yang lain seperti bahas, pidato, pantun dan lain-lain,  puan boleh berhubung dengan  pihak penganjur untuk mengetahui statusnya. Lazimya tajuk sesuatu pertandingan dibina berdasarkan tema tertentu yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan. Terima kasih. Lain-lain11.02.2009
assalam saya ingin bertanya mengenai ciri-ciri kertas cadangan yang baik? 2. perbezaan antara kertas kerja dan kertas cadangan? 3. saya inginkan contoh kertas cadangan yang berkaitan dengan bahasa melayu sebagai contoh kertas cadangan pesta pantun, bengkel bahasa melayu, pertandingan pidato dan sebagainya.. 4. apakah yang perlu ada dalam satu kertas cadangan?Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek. Lazimnya kertas cadangan mengandungi latar belakang projek, pelaksanaan projek, justifikasi atau kewajaran pelaksanaan projek tersebut, anggaran perbelanjaan dan penutup. Tidak ada format yang standard bagi kertas cadangan kecuali format yang diguna pakai bagi sesebuah organisasi. Kertas cadangan juga merupakan dokumen sulit sesebuah jabatan.Lain-lain30.08.2012
12

Kembali ke atas