Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pesuruhjaya 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah pesuruh-pesuruhjaya betul? 2. Adakah selepas bertujuan tidak boleh letak untuk?Perkataan pesuruhjaya apabila digandakan menjadi pesuruhjaya-pesuruhjaya. Selepas perkataan bertujuan tidak perlu menggunakan kata sendi untuk.Tatabahasa20.10.2008
soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih.1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka
lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa.
4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya.
5. Ayat a, b, c, dan d betul.
Tatabahasa24.03.2013
1.Senarai 15 kata majmuk yang dimantapkan 2. Panduan menggunakan tanda sempang cth ekopelancongan @ eko-pelancongan.

Antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

Tatabahasa21.10.2008
ejaan yang betul untuk: 1. temuduga 2. lapordiriEjaan yang betul ialah temu duga dan lapor diri. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataanEjaan12.11.2013
1. Bagaimanakah kita tahu sama ada kata seperti semula jadi atau semulajadi, kraftangan atau kraf tangan, dan sebagainya itu dieja bersambung atau terpisah? Terima kasih. 2. Mengapa "memproleh" dan bukan "memperolehi"? 3. Bolekah perkataan "memperbaiki" digunakan?

1. Ejaan yang betul ialah semula jadi dan kraf tangan. Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan yang tetap dieja bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya.

2.  Awalan memper-,  apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu. Oleh ialah kata tugas dan bentuk yang betul ialah memperoleh.

3. Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Oleh itu, kata adjektif  baik apabila ditambah imbuhan memper- menjadi memperbaik (menjadikan lebih baik).

Ejaan31.10.2011
1)kalau boleh saya ingin mengetahui semua perkataan yang boleh perlu di jarakkan atau dirapatkan. contoh walaubagaimanapun@ walau bagaimanapun 2)MENGENENGAHKAN KE MENGETENGAHKAN

Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun dan mengetengahkan. Kata majmuk dieja dua perkataan  kecuali beberapa perkataan yang dieja rapat atau dikenali sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu kerana kelaziman penggunaan seperti; antarabangsa, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, tanggungjawab, sukarela, pesuruhjaya, setiausaha, olahraga, suruhanjaya, warganegara, matahari, kakitangan, kerjasama dan beritahu.

Tatabahasa23.03.2010
Harap dapatkan e-mel kepada saya satu senarai perkataan terkini yang sudah mantap ejaannya sebagai satu perkataan.1.antarabangsa 2.beritahu 3.bumiputera 4.jawatankuasa 5.kakitangan 6.kerjasama 7.olahraga 8.matahari 9.setiausaha 10.sukarela 11.suruhanjaya 12.tandatangan 13.tanggungjawab 14.warganegara 15.pesuruhjayaTatabahasa26.11.2007
1. Adakah perkataan konservasi (conservation) atau pemuliharaan? 2. Yang mana satu betul, garispanduan atau garis panduan? diusahasilkan atau diusaha hasilkan? mengenalpasti atau mengenal pasti? Apa cara terbaik tahu atau peraturan mengenai perkataan-perkataan ini? 3. Yang mana satu betul, penzonan atau pengezonan?1. Terjemahan perkataan conservation ialah pemuliharaan, tidak ada perkataan konservasi dalam bahasa Melayu. 
2. Ejaan yang betul ialah garis panduan dan mengenal pasti. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk dieja sebagai dua perkataan, kecuali kata majmuk yang mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu.
3. Ejaan yang betul ialah pengezonan.
Tatabahasa13.04.2012
Assalamualaikum. 1. Dalam Kamus Dewan perkataan REHAT dan RAHAT boleh digunakan. Tetapi kenapa tidak boleh digunakan untuk perkataan ISTIREHAT dan yang disarankan ialah ISTIRAHAT. 2.Perkataan ISI PADU dijarakkan dan kenapa ISIRUNG dieja rapat? 3. Bagaimanakah untuk mengenal sesuatu perkataan itu dieja rapat atau jarak bagi dua kata dasar. Contohnya LALU LINTAS, JURUAZAN,JURUDALAM, TEMU BUAL, TEMU DUGA dan sebagainya.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.
Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.
Tatabahasa08.07.2014
Assalamualaikum... harap dapat e-mel kepada saya senarai perkataan terkini yang telah mantap dirapatkan dan dieja sebagai satu perkataan.1.antarabangsa 2.beritahu 3.bumiputera 4.jawatankuasa 5.kakitangan 6.kerjasama 7.olahraga 8.matahari 9.setiausaha 10.sukarela 11.suruhanjaya 12.tandatangan 13.tanggungjawab 14.warganegara 15.pesuruhjayaTatabahasa27.11.2007
12

Kembali ke atas