Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tai] | ڤتاي

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya, bijinya berbau haring), Parkia speciosa; ~ belalang = ~ laut sj tumbuhan (pokok dan buahnya), dendulang, Desmodium umbellatum.; ~ jawa = ~ belanda = ~ tiga bulan sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Leucaena glauca; ~ kerayung sj tumbuhan (pokok dan buah), sungga, Albizzia pedicellata; sbg ~ sisa pengait prb tidak berguna sama sekali; kulai-balai bagai ~ sisa pengait prb seseorang yg lemah-lembut tingkah lakunya; menjual ~ hampa prb bercakap yg bukan­-bukan, omong kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tai] | ڤتاي

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkeping-keping dan bijinya dibuat ulam dsb), Parkia speciosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petai

Puisi
 

Dari Wat ke Kampung Petai,
     Singgah semalam di Kampung Abi;
Perkara yang buat jangan disesal,
     Ikutlah untung apa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assamualaikum, tuan apakah maksud sebenar simpulan bahasa mata petai.Mata petai bermaksud mata yang tidak dapat melihat dengan betul.Tatabahasa15.07.2013
apakah penjodoh bilangan untuk satu jering? apakah pula penjodoh bilangan untuk beberapa petai yang telah dikupas?

Seulas jering dan beberapa ulas petai.

Makna03.05.2009
a)apakah penjodoh bilangan bagi kuih lapis? b)apa pula penjodoh bilangan bagi petai? papan atau keping? c)adakah PATIK hanya digunakan apabila kita bertutur dengan raja-raja shj?ataupun digunapakai untuk semua kerabat d raja?

1. sepotong kuih lapis

2. sepapan petai 

3. Merujuk Kamus PATIK ialah bahasa diraja, kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja, dan raja di sini tidak dikhususkan kepada raja (bermakna termasuklah kerabatnya) sahaja tetapi lazimnya contoh penggunaannya apabila ada patik maka adalah perkataan Tuanku (raja).

Tatabahasa17.05.2010
Saya ingin tahu asal usul & makna kalimah "tuan tanah kedaung". Apa sebenarnya "kedaung" itu? Pohon petai?Makna "kedaung" dalam Kamus Dewan ialah sejenis tumbuhan (pokok) yang boleh dibuat ulam dan ubat, atau disebut jua beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur. Untuk mengetahui asal usul perkataan sila rujuk buku atau hasil kajian yang dibuat tentang tumbuhan tersebut.Makna21.06.2009
1. penggunaan perkataan 'ia' adakah untuk manusia sahaja (kata ganti nama diri ke-3) atau boleh juga diguna untuk ganti nama merujuk kepada benda seperti maksud yang terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4. Contoh ayat: Kereta itu Baharu. Ia berwarna biru. salah atau betul sila berikan ulasan. bolehkan ia disamakan dengan 'it' dalam bahasa inggeris. 2.Apakah penjelasan bagi penjodoh bilangan 'keping' dan 'papan'. 3. perbezaan penggunaan kata seru 'wah' dan 'amboi" tolong berikan ulasan. 4. Partikel 'lah' dan'tah' apakah ulasan dan penggunaannya.

1. Kata "ia" boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang. "ia" boleh disamakan dengan "it" dalam bahasa Inggeris.

2. Penjodoh bilangan keping digunakan untuk benda yang pipih atau nipis seperti papan, roti, gambar, tiket, duit, kertas/syiling, getah. Penjodoh bilangan papan pula digunakan untuk benda-benda seperti mercun, asam jawa, petai, kerdas.

3. Kata seru "wah" ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): Wah, dahsyat sungguh!; 'Amboi' ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

4. Partikel -lah dan -tah digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -lah dan -tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261.

Tatabahasa03.08.2009

Kembali ke atas