Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
peti sejuk
Definisi :
peti penyejuk utk menyimpan sayur-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
peti
(
kata nama
)
Bersinonim dengan
pak
,
tong
,
banian
,
cerakin
,
kopek
,
canda peti
,
kendaga
,
pendaga
,
bangking.
,
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(12)
Kamus Bahasa Inggeris
(22)
Istilah Bahasa Melayu
(42)
Kamus Melayu Parsi
(1)
Kamus Sains
(1)
Kamus Teknologi Maklumat
(1)
Kamus Thai Melayu Dewan
(5)
Kamus Parsi(Beta)
(1)
Pengesahan Bahasa
(24)
Khidmat Nasihat
(5)
Artikel Majalah
(3)
Ensiklopedia
(6)
Buku
(1)
Glosari Dialek Pahang
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Dia mengeluarkan sayur itu dari / daripada
peti
sejuk
. 2. Raju mengambil buku cerita dari / daripada rak itu. Terima kasih & selamat Hari Raya Aidilfitri.
1. Dia mengeluarkan sayur itu daripada
peti
sejuk
.
2. Raju mengambil buku cerita daripada rak itu.
Tatabahasa
16.08.2012
Baki wang yang mereka punyai selepas membeli sebuah
peti
sejuk
ialah RM40. Adakah "mereka punyai" betul dari segi tatabahasa?
Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran_i untuk membentuk kata kerja. Akhiran -i membentuk kata kerja transitif. Jadi ayat "Baki wang yang mereka punyai selepas membeli sebuah
peti
sejuk
ialah RM40" betul dari segi tatabahasa. Harap maklum.
Tatabahasa
29.09.2006
Salam. Perlukah tanda bacaan koma (,) sebelum sendi kata "dan"? Cth: "Saya mempunyai banyak barangan elektrik seperti
peti
sejuk
, kipas angin, mesin basuh, dan sterika elektrik." (perhatian kpd koma (,) selepas mesin basuh sebelum dan). Terima kasih.
Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah. Contohnya tanda koma memisahkan unsur-unsur kata yang berurutan: Bendera itu berjalur merah, putih, dan biru. Tanda koma hendaklah digunakan sebelum "dan", "atau", dan "serta" yang diikuti dengan frasa. Contoh kedudukan tanda koma sebelum "dan" pada ayat yang tuan/puan beri itu adalah betul.
Lain-lain
25.01.2016
Soalan 1 : Hi, saya ada soalan mengenai label makanan untuk mendapatkan istilah yang betul untuk bahasa melayu Soalan 1) Avoid direct sunlight Option a : Jauhkan daripada pancaran terus matahari Option b : Jauhkan dari pancaran matahari langsung. Soalan 2) Simpan di dalam
peti
sejuk
setelah dibuka. Consume within 5 days Option a : Habiskan dalam masa 5 hari Option b : Habiskan di dalam masa 5 hari
Padanan bahasa Melayu bagi ayat
Avoid direct sungligh
t ialah "Jauhkan produk daripada cahaya matahari".
Padanan bahasa Melayu bagi ayat
Consume within 5 days
ialah "Habiskan dalam masa lima hari".
Tatabahasa
12.08.2024
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Encik Leong mengetepikan keretanya untuk memberi laluan kepada kereta ambulans yang (buta) itu. (b) Televisyen yang (buta) itu terpaksa diperbaiki semula. (c) Sesiapa pun tidak dibenarkan makan buah (asli) di hutan itu kerana beracun. (d) Datuk saya merupakan orang yang (asli) sekali dalam keluarga saya. (e) Makanan yang berlebihan itu disimpan di dalam
peti
sejuk
supaya tidak (mati). (f) Pensel yang sudah (mati) itu saya buangkan ke dalam tong sampah. (g) Gambar bintang filem itu tidak elok diletakkan di ruang tamu kerana kelihatan tidak (bahasa).
Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "
menemukan
mayat atau
menemui
mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.
Lain-lain
08.12.2015
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...