Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tin.ju] | ڤتينجو

Definisi : orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelang­gang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tin.ju] | ڤتينجو

Definisi : orang yg berlawan tinju; ahli tinju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinju
Kata Terbitan : peninju, bertinju, meninju, petinju,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
petinju-petinju dari kedua-dua buah negara itu berbalas-balas tumbukan untuk meraih kemenangan. (munsyi, adakah petinju-petinju sesuai digunakan? TK)Perkataan petinju-petinju sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa25.06.2013
petinju , peninju , penuduh , petuduh , pengilang , pekilang , pesuruh , penyuruh , pesara , penyara , pesakit , penyakit , penanda , petandaSoalan tidak jelas. Sila rujuk laman sesawang prpm.dbp.gov.my untuk makna perkataan yang dinyatakan.Tatabahasa11.01.2013
saya nak tanya peninju atau petinju,dalam akhbar dan pengulas sukan menyebut petinju sedangkan tinju bermula denga huruf t maka apabila menerima imbuhan huruf t akan digugurkan dan diganti dengan huruf n menjadi peninju.petinju - ahli tinju, orang yang berlawan tinju peninju - penumbuk, tinjuTatabahasa24.08.2007
Petinju atau peninju? Berlatar belakangkan atau berlatarbelakangkan?
Menurut data kami, maksud petinju ialah orang yang berlawan tinju; ahli tinju manakala maksud peninju ialah 1 orang yang meninju. 2 genggaman tangan untuk meninju; tinju. Berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah.
Tatabahasa06.10.2016
tuan, apakah perbezaan antara petinju dan peninju? tqBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, petinju ialah orang yang berlawan tinju atau ahli tinju. Peninju ialah penumbuk atau orang yang meninju.Istilah28.07.2011
Tuan, i.Jelaskan perbezaan peninju dengan petinju

Peninju ialah penumbuk, dan petinju ialah orang yg berlawan tinju atau ahli tinju.

Istilah21.01.2009
pelakuan atau perlakuan ? petinju atau peninju ?Yang betul ialah perlakuan bermaksud apa yang dilakukan atau perbuatan. Petinju ialah orang yang berlawan tinju atau ahli tinju, manakala peninju ialah penumbuk atau tinju.Tatabahasa19.12.2009
peninju atau petinju? Konteks: sarikataBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju bermaksud 1. tinju, penumbuk: peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi 2. orang yang meninju.  Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju, ahli tinju.Makna31.10.2011
Salam, Untuk sukan MMA(Seni Bela Diri Campuran), istilah "fighter" digunakan untuk pesertanya. Soalan saya, bolehkah istilah "petarung/penarung" digunakan untuk terjemahan istilah "fighter" bagi membezakannya dari istilah "petinju" dalam sukan tinju agar penonton tidak terkeliru. (Bezanya, petarung/fighter amalkan pelbagai disiplin seni bela diri, petinju hanya pada disiplin tinju.) Jadi, adakah istilah "petarung" boleh digunakan untuk "fighter"? Harap tuan dapat beri pencerahan segera. Terima kasih.Waalaikumussalam...
Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud fighter ialah pejuang. Istilah petarung masih belum wujud dalam data kami. Cadangan pihak kami istilah yang sesuai digunakan bagi membezakan petinju ialah pahlawan yang membawa maksud orang yg gagah dan berani, pejuang yang gagah, atau perwira.
Sekian terima kasih
Istilah03.11.2017
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak.
2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia.
Tatabahasa29.07.2012
12

Kembali ke atas