Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pétronas) akronim bagi Petroliam Nasional Berhad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petronas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana menentukan hukum D-M yang betul dalam frasa berikut? - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 PETRONAS - Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Kali Ke-12 - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 PETRONAS

Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan PETRONAS Ke-12

Tatabahasa09.09.2014
Yang mana satukah lebih tepat sebagai nama bangunan: Menara Kembar Petronas; atau Menara Berkembar Petronas? Sekian, terima kasih.Menara Berkembar PetronasTatabahasa30.10.2008
Salam, apakah istilah yang betul untuk KLCC? Istilah yang biasa saya dengar ialah Menara Berkembar Petronas. Namun, dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 untuk SJK menggunakan istilah Menara Kembar Petronas. Jadi, yang mana satukah adalah betul? Terima kasih."Menara Kembar Petronas" dan "Menara Berkembar Petronas", kedua-dua frasa ini betul dan banyak ditemukan dalam carian di internet. Walau bagaimanpun merujuk bentuk kata yang sedia ada frasa "Menara Berkembar Petronas" lebih tepat sama seperti Rumah Berkembar dan Landasan Kereta Api Berkembar.Istilah22.05.2013
a)Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. b)Petronas berperanan mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. manakah penggunaan imb me..kan adalah betul?Ayat yang betul ialah a) Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia.Tatabahasa11.07.2013
PERMOHONAN UNTUK MENYEMAK PERKATAAN 'PETRONAS' KE TULISAN JAWI SERTA JENISNYA (UTHMAN TAHA FONT)
 Ejaan tersebut betul: PETRONAS = ڤيترونس
Ejaan12.11.2019
Petronas ________singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. A. ialah B. adalah C. merupakan Mohon jawapan dan penjelasan bagi jawapan yang betul, dan fungsi perkataan 'merupakan' dalam ayat.Terima kasih.Petronas ialah singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama  "singkatan bagi Perusahaan Petroleum Nasional".Tatabahasa30.05.2013
Nama-nama syarikat minyak seperti 1. ESSO 2. PETRONAS 3. CALTEX 4. MOBILE 5. SHELL perlukah ditulis dengan huruf besar sekiranya dalam ayat. contoh: "... syarikat minyak terkemuka iaitu ESSO, PETRONAS, CALTEX, MOBILE, dan SHELL ..." mohon pencerahan.. 
Nama stesen minyak merupakan kata nama khas. Ejaan yang standard bergantung pada nama yang berdaftar.
Ejaan23.03.2017
Apakah predikat bagi ayat yang berikut? Tq Ketinggian Menara Berkembar Petronas 452meter.

Ketinggian[Subjek]+ Menara Berkembar Petronas 452 meter[predikat].

Tatabahasa25.01.2015
adakah betul ejaan 'petroliam' pada singkatan Petronas?

Saudara,

Perkataan 'petroleum" dalam bahasa Inggeris apabila diserapkan ke dalam bahasa Melayu tetap menjadi "petroleum" bukan "petroliam". Walau bagaimanapun, perkataan  "petroliam" pada nama Petronas sudah menjadi nama khas yang telah didaftarkan.  

Ejaan21.10.2010
Penggunaan kata penguat paling; bolehkah ia digunakan dengan perkataan sekali. ch: Petronas towers adalah bangunan yang paling tinggi sekali di Malaysia.Kata penguat paling tidak perlu lagi diikuti dgn kata kata penguat sekali, oleh itu memadai ayat tersebut; Menara Petronas merupakan bangunan yang paling tinggi di Malaysia.Tatabahasa07.07.2008
123

Kembali ke atas