Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tua] | ڤتوا

Definisi : nasihat, petunjuk, atau panduan yg ber­guna (biasanya oleh orang tua-tua atau yg berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dgn berkesan: ~ awet muda; betapa banyak ~ dukun kuturuti; berpetua memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir; dipetuakan 1. digunakan sbg petua; 2. dian­jurkan, dinasihatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tua] | ڤتوا

Definisi : nasihat atau tunjuk ajar yg diberikan oleh seseorang mengenai sesuatu perkara; nasihat yg dijadikan panduan: Apabila kamu hendak melintas di jalan raya, ikutlah ~ latihan melintas ini. berpetua memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petua

Puisi
 

Kalau tak panjat limau manis,
     Kita tebang batang tebu;
Jika tak dapat yang hitam manis,
     Kita buanglah petua guru.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Petua-petua ini merupakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan yang sangat praktikal.' Adakah kedua-dua 'langkah' dan 'petua' dalam ayat di atas harus diulangi? Terima kasih.Kedua-dua perkataan ini tidak perlu digandakan kerana perkataan tersebut boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa21.05.2013
Tuan, bolehkah "Tip-tip" digunakan? Tip-tip, gandaan bagi Tip, iaitu petua. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah petua (bukan tip). Petua boleh merujuk tunggal atau jamak, oleh itu tidak perlu digandakan menjadi petua-petua.Tatabahasa15.02.2012
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih.Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang ber­guna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak);Tatabahasa28.08.2013
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Petua/Teknik?Saya kurang faham maksud kedua dalam Kamus Dewan berkaitan dengan perkataan teknik. - Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah______ulang kaji yang pantas untuk memperoeh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Membentuk/Mewujudkan?Mengapa?Saya kurang jelas tentang perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. -Penyemaian budaya hemah tinggi perlu ditingkatkan bagi __________ rakyat yang berbudi bahasa. 3) Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Menemukan/Menemui?Saya masih keliru dengan maksud kedua-dua perkataan tersebut. -Mayat bayi itu _______ di celahan timbunan sampah.1) Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah petua ulang kaji yang pantas untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

2)Penyemaian budaya berhemah tinggi perlu ditingkatkan bagi mewujudkan/membentuk rakyat yang berbudi bahasa. (kedua-dua boleh digunakan)

3) Mayat bayi itu ditemui di celahan timbunan sampah.
Tatabahasa25.06.2013
Sdr, tolong berikan petua tentang penggunaan perkataan "baru" dan "baharu". Kenapa "Model Baru Ekonomi", bukan Model Baharu Ekonomi, contohnya. Sekian, terima kasih.

Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Oleh itu, Model Baru/Baharu Ekonomi adalah betul.

Tatabahasa14.06.2010
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaikPaling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih.Lain-lain21.11.2006
mana yang betul; orang tua-tua/orang-orang tua1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas.Tatabahasa12.09.2007
Penjelasan: ungkapan “tip untuk menjadi penulis bestseller” ada unsur bahasa rojak?

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'tip' ialah petua. Dalam contoh ayat yang diberikan memang terdapat penggunaan bahasa rojak.

Tatabahasa16.10.2009
mendapatkan cara-cara menjawab soalan Bahasa Melayu SPM.Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Bagi memudahkan saudara mendapatkan maklumat berkaitan soalan ini, sebaiknya saudara merujuk buku-buku SPM atau guru SPM kerana dapat berhubung secara langsung dan mendapat petua yang terbaik bagi menjawab soalan. Terima kasih.Lain-lain07.01.2007
Saya inginkan penjelasan mengenai istilah mana yang betul: orang-orang tua atau orang tua-tua. Terima kasih.Istilah orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama, manakala orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas.Makna22.07.2010
12

Kembali ke atas