Siapakah yang menjawab soalan yang dikemukakan di ruangan ini? Terima kasih. | Untuk makluman puan, setiap soalan yang dikemukakan dalam ruangan ini akan dijawab oleh petugas-petugas KNDBP yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP. Walau bagaimanapun, jika puan mempunyai masalah-masalah tersebut, puan bolehlah mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. | Lain-lain | 05.03.2009 |
Apakah padanan yang sesuai bagi 'task force'? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'task force' ialah pasukan petugas. Contoh ayat, satu pasukan petugas utk mengkaji projek-projek perumahan baru di bandar raya itu. | Lain-lain | 23.04.2010 |
Slm dan slmt sejahtera kpd petugas DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya terjemahan yg tepat bg aircond adalah pendingin hawa, kenapakah "Bilik yg berhawa dingin" dan bukannya "Bilik yg berdingin hawa" utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Sekiranya menggunakan istilah penyaman udara pula, apakah istilah yg sesuai utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Adakah bilik yg nyaman, bilik yang sejuk atau adakah istilah yg lebih tepat?? TK atas kerjasama tuan. | Saudara Hatifi, Padanan bahasa Melayu bagi air conditioner ialah penyaman udara atau alat hawa dingin. Dalam hal ini bilik yang menggunakan penyaman udara akan menjadi sejuk dan nyaman. | Istilah | 16.05.2010 |
Adakah kata sapaan “cik puan” sesuai untuk menyapa petugas wanita di kaunter hotel? | Kata sapaan yang lebih tepat dalam kontes ini ialah puan. | Istilah | 29.12.2009 |
agaimanakah DBP dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu selain daripada penerbitan buku? | Sekiranya, pelajar menghadapi masalah tentang bahasa, pelajar boleh menghubungi petugas KNB atau melayari laman ini yang bersedia membantu menyelesaikan masalah tentang tatabahasa. Selain itu, dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, DBP bukan sahaja memasyarakatkan ilmu menerusi fungsi penerbitan buku, bahkan, DBP banyak menganjurkan program-program kebahasaan dan kesusasteraan. DBP juga turut mengadakan kursus penataran bahasa dan bengkel penulisan seperti Minggu Penulisan Remaja (MPR) yang banyak melahirkan penulis genarasi muda. | Lain-lain | 28.08.2007 |
Apakah objektif pengurusan Islam. | Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 17.10.2006 |
Tuan, Soalan saya. Jadual bertugas itu ditampal pada papan kenyataan. atau....Jadual tugasan itu ditampal pada papan kenyataan. awapan saya jadual tugasan kerana... kalau jadual bertugas .. ibarat jadual yang bertugas...apa komen tuan ? TQ | Pihak kami mencadangkan Jadual Petugas, iaitu orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja ; atau Jadual Tugas .1. = sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
1. Apakah procedure untuk signage approval? 2. Apakah dokumen yang perlu dibawa? 3. Apakah nama Kaunter atau blok untuk urusan signage approval? 4. Waktu urusniaga kaunter? | Ssaudara/ saudari boleh fakskan iklan kepada kami atau datang ke tingkat 25, Menara DBP. Petugas akan mengesahkan iklan saudara/ saudari. Dokumen yang diperlukan ialah visual yang hendak disahkan. | Lain-lain | 02.03.2010 |
tuan, Saya masih kurang pasti dengan jawapan bahawa pola ayat berikut "Bandar raya Kuching terletak di Sarawak" ialah FN +FN. Bukankah frasa "terletak di Sarawak" itu frasa kerja (FK)? | Puan, Pola ayat tersebut memang pola FN + FK krana kata 'terletak' ialah kata kerja. Maaf atas kesilapan yang diberikan oleh petugas sebelum ini. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
Masalah tulisan buruk | Pada dasarnya, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan di luar skop perkhidmatan ini. Sila kemukakan soalan yang mencakup bidang perkhidmatan yang kami sediakan. | Lain-lain | 18.04.2013 |