Salam tuan, Apakah perbezaan antara a) mengajar b) mengajarkan | Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada: mengajar orang menggunakan senjata; manakala mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), atau memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya): siapa mengajarkan hitungan yg sesulit ini. | Makna | 27.02.2010 |
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasih | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama. | Istilah | 11.02.2010 |
Apa beza antara polisi, peraturan atau garis panduan dari segi perundangan. Penggunaan perkataan manakah yang lebih spesifik. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, polisi ialah rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. Peraturan ialah rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduan | Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. | Makna | 31.12.2012 |
Salam, benar tak ayat ini dari sudut struktur dan ejaan "Alhamdulillah. syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW Nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, al-Quran dan al-Hadith" ? | Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW nabi junjungan yang telah meninggalkan dua petunjuk sepanjang zaman, iaitu al-Quran dan hadis. | Ejaan | 12.04.2012 |
Penggunaan nama DAGING CENTRE sebagai nama perniagaan. Mohon petunjuk dari tuan kesalahan gabungan dua perkataan tersebut. untuk makluman tuan, permohonan nama perniagaan DAGING CENTRE ditolak atas alasan percampuran bahasa melayu dang inggeris. Pencampuran bahasa bagi tujuan nama kha, i.e. nama perniagaan sepatutnya tidak menjadi kesalahan. Mohon tuan membantu saya bagi menerangkan kepada SSM tentang perkara ini. Sekian, Terima Kasih Yang Benar Mohd Maliki | Tindakan pihak SSM yang tidak meluluskan penggunaan nama Daging Centre adalah betul kerana wujudnya percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam menamai syarikat tuan. Penamaan Daging Centre juga tidak mencerminkan citra dan jati diri bangsa Malaysia. Undang-undang kecil/akta yang termaktub juga menegaskan supaya penggunaan bahasa Melayu diutamakan, rujuk Seksyen 22, Akta Syarikat 1965 dan Warta Kerajaan Persekutuan, Bil. 4180, Akta Syarikat 1965 (AKTA 125). Tuan juga boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang diterbitkan oleh DBP untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.12.2009 |
Saya sedang menulis artikal untuk satu jurnal. Saya ingin mengetahui asal perkataan "nasihat". Perkataan ini dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermakna ajaran , petunjuk yang baik and peringatan. Adakah ini bermakna "nasihat" ini adalah sehala? ia itu "nasihat" DIBERIKAN kepada yang meminta "nasihat", tanpa ada perbincangan atau soal jawab? Saya ingin membandingkan "nasihat" dengan sesi kaunseling.. ada persamaan atau bagaimana? Terima kasih Siti Rokiah Calon Phd Bimbingan dan Kaunseling UTM Skudai | Seperti yang saudara maklumi nasihat ialah ajaran atau petunjuk yang baik, contohnya "... tidak mahu mendengar nasihat orang tuanya". Apa yang difahami daripada ayat tersebut nasihat berlaku dalam keadaan memberi nasihat, mendengar nasihat, semuanya berlaku satu hala. Nasihat berbeza dengan sesi kaunseling; sesi suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti seperti sesi kaunseling. Umum mengetahui bahawa sesi kaunseling berlangsung antara dua pihak. Untuk maklumat lanjut termasuklah asal kata dan makna secara terperinci sesuatu perkataan sila rujuk buku atau kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para sarjana. | Makna | 25.06.2009 |
Salam sejahtera: 1) Kenapakah Kamus Dewan (edisi 4) tidak mempunyai petunjuk untuk golongan kata setiap entri di dalam kamus? Contohnya kata nama, kata adjektif, frasa kata kerja, dsb? Pengguna Kamus Dewan kini cuma mendapat maklumat untuk unsur-unsur yang berada dalam mukasurat 1i (Kependekan) sahaja. Kamus Besar Indonesia edisi 2008 ada memuatkan maklumat ini sebagai 'label kelas kata'. Ini memudahkan pengguna untuk mengetahui contohnya 'abadi' itu kata adjektif, 'adat' itu kata nama dan sebagainya. | Untuk maklumat saudara, dalam kamus terbitan yang sedang diusahakan akan dimuatkan golongan kata dan juga maklumat lain yang dinyatakan. | Lain-lain | 16.07.2009 |
apakah maksud nasihat? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nasihat bermaksud ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; | Makna | 12.06.2010 |
apa itu maksud kolofon,otograf,kodikologi | Kolofon bermaksud lambang penerbit pada buku; petunjuk pada bahagian akhir buku tentang nama penerbit, waktu terbit,dsb. Otograf atau autograf? Autograf bermaksud tandatangan sesorang, baiasanya orang terkenal; naskhah asal yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri. Kodikologi bermaksud kajian tentang manuskrip. | Makna | 05.04.2008 |