Apakah terjemahan bagi "Line of succession to the Bruneian throne"? Garis atau galur pewarisan takhta Brunei? | Salam sejahtera, Cadangan SUSUR GALUR PEWARISAN TAKHTA BRUNEI Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2017 |
Apa perbezaan antara pewarisan dan perwarisan? Apakah penggunaan yang betul: Pada wali bukan mujbir pula, mereka bersetuju (tidak termasuk mazhab Hanafi) bahawa kerabat yang menerima ‘asabah dalam perwarisan merupakan wali bukan mujbir. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "perwarisan" ialah hal atau urusan berkaitan dengan harta benda, pusaka, ilmu dan lain-lain yang berwaris. Maksud "pewarisan" pula ialah hal atau urusan berkaitan dengan proses mewarisi atau mewariskan harta benda, pusaka, ilmu dan lain-lain. Oleh itu, penggunaan "perwarisan" dalam ayat di atas adalah betul. | Makna | 15.06.2022 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pihak kami ingin menubuhkan sebuah pertubuhan. Ianya berkaitan penjagaan dan pemuliharaan hutan paya bakau. Nama yang dicadangkan ialah Pertubuhan Warisan Bakau Sarawak. Jika digunakan ayat Pewarisan adakah berbeza maksudnya? Atau lebih sesuai dengan nama Pertubuhan Pewarisan Bakau Sarawak. Mohon bagi cadangan nama yang lebih sesuai. Sekian terima kasih. Abdul Razak Abdullah Ketua Setiausaha | Nama yang sesuai ialah “Pertubuhan Warisan Bakau Sarawak”. | Lain-lain | 29.06.2022 |
Apakah maksud terasul? Adakah ia bermaksud gabungan rujukan kehormat (DYMM, YAM dll) dan gelaran (Sultan, Tengku)? Apakah perbezaan kerabat damping dan kerabat diraja? Kenapa gelaran Permaisuri (dan gelaran isteri sultan-sultan) tidak diterjemahkan kepada Queen dalam bahasa Inggeris, sebaliknya gelaran ini dikekalkan dalam Melayu sahaja (cth. Tengku Permaisuri of Selangor), tetapi gelaran Raja Isteri di Brunei diterjemah kepada Queen? | Data istilah menunjukkan terasul ialah kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Secara umumnya makna kerabat damping dan kerabat diraja ialah anggota keluarga diraja yang secara langsung mempunyai pertalian darah dengan raja/sultan. Perbezaan utamanya ialah kerabat damping merujuk kepada individu atau keluarga yang tidak berada dalam barisan utama pewarisan takhta. Untuk rujukan yang lebih rinci tuan disarankan mendapatkan sumber langsung yang sedang berkuat kuasa. Tentang terjemahan Queen bagi Permaisuri mana-mana raja boleh dikekalkan untuk penggunaan/laras umum. | Makna | 16.03.2025 |