Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.wu.ju.dan] | ڤوجودن

Definisi : perbuatan atau proses mewujudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.wu.ju.dan] | ڤوجودن

Definisi : perbuatan atau hal mewujudkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pewujudan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah yang betul dari segi bahasa; pengwujudan akta atau pewujudan akta. Terima kasih.Yang betul ialah pewujudan - pewujudan akta.Tatabahasa11.02.2008
pengwujudan bank atau pewujudan bank

Frasa yang betul ialah pewujudan bank.

Istilah13.10.2009
penggunaan mana yang betul? 1. Pewujudan jawatan juruteknik atau 2. Pengujudan jawatan juruteknikPewujudan jawatan juruteknik yang betul dan bukannya pengujudan jawatan juruteknik. Ini kerana kata dasar yang bermula dengan huruf 'w' apabila menerima imbuhan pe- akan mengekalkan huruf pertamanya.Tatabahasa18.10.2006
penggunaan bahasa yang betul untuk pengujudan@pengwujudan@pewujudanEjaan yang betul ialah "pewujudan".Ejaan18.08.2011
makna alomorf

Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.

Makna25.05.2010
Makna alormof dalam morfem.Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.Makna03.11.2007
apakah yang dimaksudkan dengan alomorf?

Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.

Tatabahasa11.07.2011
SEMAK EJAAN DISPLIN,PENGWUJUDANEjaan yang betul ialah disiplin dan pewujudanEjaan18.09.2007
SEMAKAN PERKATAAN IMBUHAN PENGWUJUDAN @ PENGUJUDAN, YANG MANA SATU BETULEjaan yang betul ialah pewujudan.Ejaan28.01.2008
1.perkataan manakah betul? Pengujudan atau penwujudan 2. Apakah perbezaan penggunaannya?Ejaan yang tepat ialah pewujudan iaitu menerima imbuhan apitan pe-... -an bukannya pengujudan dan penwujudan. Saudara boleh merujuk prpm.dbp.gov.my untuk rujukan lebih lanjut.Ejaan26.04.2013
12

Kembali ke atas