Definisi dan Maksud perkataan Piagam. | piagam membawa maksud, 1. surat rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah. 2. surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu dasar dan lain-lain. 3.diploma atau ijazah. | Lain-lain | 17.01.2007 |
MAKSUD PIAGAM DAN PELANGGAN | Piagam bermaksud 1. surat rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah dll.(yang tertulis pada batu,logam,dll)2. surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar,dll.). Pelanggan bermaksud 1. pembeli(surat khabar, majalah)yang tetap2. orang(syarikat)dsb. yang membayar kepada seseorang seperti peguam untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 883 dan 1202. | Makna | 20.06.2008 |
Adakah penggunaan "penerbangan carter" atau penerbangan sewa khas lebih afdal? http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=charter# charter n 1. written grant of rights, piagam; 2. constitution, piagam: the ~ of the United Nations, Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; 3. (attrib) for hire, carter: ~ flight, penerbangan carter; | Istilah bahasa Melayu untuk "charter flight" ialah penerbangan carter. | Istilah | 15.09.2012 |
boleh saya tahu apakah maksud piagam pelanggan? dan apakah peranan dalam memajukan sektor pentadbiran dan pengurusan dalam sesebuah organisasi? | Piagam ialah surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar,dll) yang dibuat oleh seebuah institusi atau syarikat. Pelanggan pula ialah orang atau pihak atau lain-lain yang membayar kepada seseorang seperti peguam dan lain-lain (pembina,dsb) untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Piagam pelanggan bermaksud suatu pernyataan yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi seperti bank, pengedar kereta, agensi kerajaan dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan yang terbaik boleh diberikan kepada pelanggan supaya khidmat yang diberikan dapat memuaskan hati pelanggan dan menjaga imej institusi berkenaan. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi, piagam pelanggan menjadi satu garis panduan yang wajib dipatuhi oleh institusi berkenaan untuk memberikan perkhidmatan yang licin, cepat, berkesan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini juga berkaitan dengan kos pengurusan yang efektif terhadap organisasi berkenaan. | Makna | 06.03.2008 |
piagam | Saudara Nureen, Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna piagam ialah 1. surat rasmi yg menyatakan pemberian hak atau tanah dll (tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3. ark diploma, ijazah; memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam. Sila kemukakan soalan semula sekiranya ada. | Lain-lain | 11.05.2010 |
selamat petang.boleh saya tahu apakah kementerian yang bertangungjawap dalam mengendalikan piagam pelanggan ini? | Pigam Pelanggan DBP adalah tanggungjawab dan dikendalikan oleh DBP sendiri. Sebagai makluman semua kementerian mempunyai piagam pelanggan mereka yang tersediri. Tidak ada satu kementerian khas yang bertanggungjawab/ mengendalikan piagam pelanggan di setiap kementerian. Walau bagaimanpun pihak MAMPU ada mengeluarkan pekeliling berkaitan piagam pelanggan sebagai rujukan. | Lain-lain | 07.03.2008 |
Saya telah di tugaskan untuk mengolah kembali piagam syarikat. Adakah DBP menyediakan pekhidmatan mengalih bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Malaysia ? Jika ada , bagaimana cara permohonan boleh dibuat dan cara kos dikira. Piagam versi Inggeris mempunyai lebih kurang 239 jumlah perkataan. | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan dokumen seperti yang dinyatakan. Kami cadangkan saudara hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan. | Lain-lain | 01.03.2011 |
Salam dan selamat Sejahtera.Saya ingin membuat semakan mengenai penggunaan bahasa berhubung Piagam Pelanggan JPWPKL iaitu:- (i) membuat pindaan kepada sejumlah lapan (8) perkataan 'dari tarikh' kepada 'daripada tarikh' yang terdapat dalam Pernyataan Piagam Pelanggan No. 2 (1 perkataan); No. 5 ( 2 perkataan); No. 7 (1 perkataan); No. 8 (1 perkataan); No. 9 (1 perkataan); No. 10 (1 perkataan) dan No. 11 (1 perkataan) | Frasa yang betul ialah dari tarikh penerimaan bukannya daripada tarikh penerimaan. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama auat frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lebih lanjut. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Apakah maksud definisi misi,visi dan piagam | misi- 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara
visi- tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;
piagam- 1. surat rasmi yg menyatakan pemberian hak atau tanah dll (tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3. ark diploma, ijazah; memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam.
| Makna | 27.11.2008 |
Saya lihat Kamus Dwn, perkataan 'kemas kini' ditulis secara berasingan. Tetapi dalam laman web DBP ini, dalam bhg Piagam, saya lihat pada bhg akhir ditulis 'dikemaskini' - 1 perkataan. Perkataan itu harus dipisahkan kerana hanya menerima imbuhan awalan. Kenapa DPB menyatukannya? Apa alasan DBP? Terima kasih | Mengikut tatabahasa, ejaan kemas kini dieja dua perkataan. Mungkin berlaku kesilapan teknik dalam piagam DBP yang mengeja kemas kini sebagai satu perkataan. | Tatabahasa | 03.12.2007 |