Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.no] | ڤيانو

Definisi : alat muzik yg dimainkan dgn menekan mata hitam atau putih pd papan kekunci, menyebabkan tukul-tukul kecil mengetuk tali logam utk menghasilkan not yg berbeza. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.no] | ڤيانو

Definisi : sj alat bunyi-bunyian yg dimainkan dgn menekan-nekan matanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piano


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong Betulkan ayat ini. Saya memetik piano. Adakah kata kerja memetik sesuai piano?Ayat tersebut tidak betul, cukup sekadar menyatakan "Saya bermain piano". Kata kerja yang sesuai ialah "menekan" untuk piano. Contohnya, "Abu menekan mata piano".Tatabahasa18.04.2013
Salam tuan di talian. Saya menghadapi kekeliruan tentang penggunaan suku kata KVVKV, contohnya piano. Adakah suku kata tersebut patut ditulis sebagai pi / a / no atau pia / no ? Semoga pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih.Jika kata piano dipenggal mengikut suku kata menjadi pi.a.no dan jika dipenggal mengikut sebutan akan menjadi pia.no seperti yang digunakan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi), DBP, 2008. Penerbit lazimnya menerbitkan buku untuk tujuan pengajarannya, oleh itu kami cadangkan perkataan tersebut dipenggal mengikut bunyi bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.Tatabahasa22.06.2011
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima.Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004.
1. cuit (cuit)
2. piano (pia.no)
3. berada (be.ra.da)
4. mengandungi (men.ngan.du.ngi)
5. memasuki (me.ma.su.ki)
6. pengunjung (pe.ngun.jung)
7. berkenalan (ber.ke.na.lan)
8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan)
Tatabahasa27.03.2013

Kembali ke atas