| Salam sejahtera. Saya ada terbaca artikel tentang susunan kekeluargaan Melayu. Adakah susuan keturunan berikut adalah betul atau sebaliknya? Bapa/Mak - Anak - Cucu - Cicit - Piut - Oneng-oneng - piat. | Mengikut Kamus Dewan, piut ialah keturunan yg kelima (cucu kepada cucu); piut-miut keturunan yang sudah jauh; piat-miut ialah anak cucu yg sudah jauh; manakala oneng-oneng ialah anak piut (keturunan yang kelima). | Istilah | 27.01.2015 |
| Apakah gelaran dalam keluarga yang digunakan pakai dalam masyarakat Melayu, contohnya: selepas anak, cucu, cicit dan seterusnya. Begitu juga dengan selepas ayah dan ibu, datuk dan nenek, kemudian, moyang, dan seterusnya. Ini kerana saya mendapat tahu pelbagai gelaran yang saya sendiri tidak pernah dengar atau tahu sebelum ini seperti selepas cicit, ciut, ciat, dan pelagai lagi. Adakah semua gelaran ini direkod dan disahkan atau sekadar panggilan mengikut negeri atau daerah sahaja...? terima kasih.. | Dalam masyarakat Melayu peringkat keturunan masih sama seperti anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya cuma kita jarang melihat kepada keturunan yang sudah jauh seperti piut-miut dan piat-piut. Yang berbeza ialah gelarang seperti long, ngah, ude, utih, alang dan sebagainya. Perbezaan ini ada direkodkan dalam buku/makalah yang berkaitan dengan budaya. | Istilah | 11.01.2012 |
| Saya sedang membina salasilah 'Family Tree' keluarga besar saya. Saya mendapati pangkat-pangkat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga seperti paklong, pakngah, paklang dsb dalam sesuatu keluarga besar tu tidak standard...justeru, sila beritahu pangkat-pangkat yang betul dalam sebuah keluarga besar contohnya punyai 18 orang (ini satu kenyataan dlm keluraga besar saya)! | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Lain-lain | 29.09.2010 |
| saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Istilah | 28.06.2009 |