| Dalam satu bahan taklimat tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah, ada ayat “Memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan.” Adakah ungkapan “piawai standard” diterima pakai oleh DBP? | Perkataan piawai dan standard mempunyai makna yang setara. Oleh itu, perkataan "piawai standard" tidak digunakan secara berurutan dalam satu frasa/ayat. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
| Apakah format piawai untuk tulis waktu? Setahu saya format piawai ialah seperti: 23:58, tapi saya selalu juga lihat ada yang menulis (ekamus.dbp.gov.my) dengan 23.58. Minta pencerahan. Terima kasih. | Dalam konteks dan penggunaan umum untuk penulisan waktu, satu titik (11.58) digunakan. Penggunaan titik bertindih digunakan bagi merujuk waktu penerbangan, ketenteraan, navigasi dan perniagaan, iaitu 8:00 (8.00 pagi), 14:00 (2.00 petang) dan sebagainya. | Lain-lain | 04.10.2025 |
| mengapakah bahasa melayu piawai moden sebutan huruf (a) di akhir perkataan seperti:kenapa,siapa,berada dan keluarga,apabila perkataan itu disebut,bunyinya seakan bunyi huruf (e).Harap boleh dijelaskan. | Bahasa Melayu standard pada masa kini menggunakan sebutan dialek Johor-Riau. Antara ciri utama dialek ini ialah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’ bagi kebanyakan perkataan, contohnya saya (sa.yě), apa (a.pě) dan kerja (ker.jě). | Lain-lain | 16.02.2017 |
| Standard practice | Amalan piawai | Istilah | 13.02.2009 |
| Bolehkah beritahau nama judul Tatabahasa yang piawai dan sempurna di DBP? | Saudara, Buku tentang tatabahasa yang baku untuk saudara jadikan rujukan ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 15.09.2009 |
| APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU | Merinyu ialah orangbyang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor. | Makna | 28.03.2008 |
| APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU? | Merinyu ialah orang yang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai, dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor. | Makna | 28.03.2008 |
| Apa beza persijilan dengan pensijilan? | pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan | Tatabahasa | 05.04.2011 |
| 1. Apakah strategi/gaya/kaedah terjemahan yang disarahkan kepada penterjemah DBP untuk menterjemah teks sains dan teknikal? 2. Apakah piawai penilaian kualiti penerbitan hasil terjemahan teks sains dan teknikal oleh penerbit DBP? | Prinsip terjemahan buku sains dan teknologi sesuai dibuat secara terjemahan langsung. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Tel.: 03-41497210, faks : 03-41432939. | Lain-lain | 17.01.2008 |
| Salam sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan untuk penggunaan 'penanda aras' dan 'penandaarasan'. (Mohon berikan contoh ayat yang menunjukkan perbezaannya. Terima kasih. | Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. Kerajaan Malaysia telah menjadikan bon khazanah sebagai bon tanda aras Islam di negara ini. Penandaarasan bertujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi seperti mana yang telah dicapai oleh organisasi yang berkenaan. | Tatabahasa | 09.12.2019 |