Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ci.san] | ڤيچيسن

Definisi : sj tumbuhan (pakis), pakis duitan, paku duitan, sakat ribu-ribu, sisik naga, Drymoglossum heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ci.san] | ڤيچيسن

Definisi : 1. wang ketip; 2. tidak berharga, rendah mutunya: apabila orang kata mahasiswa hanya suka membaca majalah hiburan bebas dan buku-buku ~, mahasiswa diam; roman ~ roman yg murah harganya (roman yg rendah mutunya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata picisan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud majalah picisanPicisan bermakna tidak berharga atau rendah mutunya. Oleh itu, majalah picisan bermaksud majalah yang rendah mutunya dari segi isi ( kepentingan) dan bahan yang dimuatkan.Makna11.06.2008
salam. saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbezaan diantara sastera komersial,karya serius,karya popular dan karya picisan. bolehkah karya serius,karya popular dan karya picisan dikaitkan dengan sastera komersial? bagaimana perkara ini berlaku? terima kasih
Menjawab persoalan tersebut, sila rujuk buku  "Sastera: pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya"Shahnon AhmadDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1994

 

 

Lain-lain08.01.2009
boleh saya tau adakah DBP menerima novel dewasa (bertemakan cinta dan masyarakat), novel remaja, puisi dan sajak? Dan berapa muka surat yang sepatutnya untuk novel dewasa, novel remaja, puisi dan sajak?Assalamualaikum,  
Untuk makluman tuan, DBP menerima karya dalam pelbagai genre dan tema termasuklah tema seperti yang tuan sebutkan itu. Walau bagaimanapun, karya hendaklah karya yang serius; bukan karya popular ataupun picisan. Tema cinta yang digarap secara biasa dan bersifat luaran/mudah  mungkin tidak sesuai. Penulis dinasihatkan agar menggunakan pendekatan yang mampu mencabar minda pembaca. Untuk novel dewasa, panjang karya ialah antara 300 -500 halaman, Kumpulan/Antologi Cerpen, minimum 20 buah cerpen dengan ketebalan manuskrip antara 300-500 halaman, Kumpulan/Antologi Puisi, 120-150 buah puisi/sajak, dan untuk novel remaja pula ketebalannya ialah antara 120 hingga 250 halaman.
Lain-lain07.01.2013

Kembali ke atas