salam...maaf m'ganggu...saya pelajar dari upm ingin mengetahui maklumat tentang persatuan penulis selangor.saya sudah menghubungi pihaknya tetapi mereka tidak dapat berjumpa buat masa sekarang.tugasan saya itu perlu di hantar selewatnya hujung bulan ini.bolehkah sekiranya saya ingin mengetahui maklumat berkaitannya melalui dbp??topik bicara yg saya ingin tahu ialah sumbangan ,ltr blkg psatuan,aktiviti...sy mohon maaf,mohon makluman dgn kadar segera... | Saudara perlu berhubung terus dengan persatuan berkenaan, dalam pangkalan data kami tidak ada maklumat berkaitan yang dapat membantu saudara. | Lain-lain | 10.02.2011 |
A. Sila semak frasa'disalurkan daripada Sarawak' dalam ayat di bawah sama ada penggunaannya betul atau salah. Jika salah, sila betulkan frasa tersebut. Segala sumbangan yang disalurkan daripada Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya. B. Sila pilih 'dari', 'daripada' atau kedua-duanya bagi ayat-ayat di bawah. 1. Misi bantuan fasa pertama (dari/daripada) Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan (dari/daripada) beberapa bahagian di negeri ini. 2. Sumbangan vaksin (dari/ daripada) Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas. 3. Akar pokok tumbuh (dari/daripada) cabang. 4. Saya mengambil dokumen penting (dari/daripada) laci dan kotak. 5. Saya keluar (dari/ daripada) bilik tidur. Sekian, terima kasih. | A. Segala sumbangan yang disalurkan dari Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya. B. 1. Misi bantuan fasa pertama dari Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan dari beberapa bahagian di negeri ini. 2. Sumbangan vaksin dari Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas. 3. Akar pokok tumbuh daripada cabang. 4. Saya mengambil dokumen penting daripada laci dan kotak. 5. Saya keluar dari bilik tidur. | Tatabahasa | 14.07.2021 |
MAKSUD PIAGAM DAN PELANGGAN | Piagam bermaksud 1. surat rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah dll.(yang tertulis pada batu,logam,dll)2. surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar,dll.). Pelanggan bermaksud 1. pembeli(surat khabar, majalah)yang tetap2. orang(syarikat)dsb. yang membayar kepada seseorang seperti peguam untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 883 dan 1202. | Makna | 20.06.2008 |
boleh saya tahu apakah maksud piagam pelanggan? dan apakah peranan dalam memajukan sektor pentadbiran dan pengurusan dalam sesebuah organisasi? | Piagam ialah surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar,dll) yang dibuat oleh seebuah institusi atau syarikat. Pelanggan pula ialah orang atau pihak atau lain-lain yang membayar kepada seseorang seperti peguam dan lain-lain (pembina,dsb) untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Piagam pelanggan bermaksud suatu pernyataan yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi seperti bank, pengedar kereta, agensi kerajaan dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan yang terbaik boleh diberikan kepada pelanggan supaya khidmat yang diberikan dapat memuaskan hati pelanggan dan menjaga imej institusi berkenaan. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi, piagam pelanggan menjadi satu garis panduan yang wajib dipatuhi oleh institusi berkenaan untuk memberikan perkhidmatan yang licin, cepat, berkesan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini juga berkaitan dengan kos pengurusan yang efektif terhadap organisasi berkenaan. | Makna | 06.03.2008 |