Apakah maksud peribahasa jangan pijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh | Peribahasa ini ada persamaan makna dengan peribahasa lain seperti belakang parang kalau diasah akan menjadi tajam juga, biar lambat asalkan selamat dan juga malu berkayuh perahu hanyut. T.kasih. | Lain-lain | 12.08.2008 |
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak. | Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan. 1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya. 4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai. 5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak | Tatabahasa | 05.04.2013 |
T/B Dewan Ed 3 m/s 173 memberi contoh ayat pasif menggunakan imbuhan kata kerja ter-. Kesemua contoh ayat pasif terdiri daripada subjek GND3 sahaja. Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. TK | Ayat pasif kata ganti nama diri pertama pertama dan kedua diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 491. Contohnya Makanan itu belum kurasai lagi dan Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya atau Bunga itu akan saya pijak dan Pasu yang berat itu akan kauangkat. | Tatabahasa | 03.03.2012 |
Selamat petang, tolong bantu saya. 1)Antara frasa di bawah, yang manakah betul? Kenapa? a)benar sekali indah, atau b)sungguh nian indah. Berkenaan soalan di atas, 'nian' dan 'sekali' merupakan kata penguat belakang. Jadi jika begitu sepatutnya, sungguh indah nian, adakah andaian saya ini benar? 2) Kata perintah diikuti dengan kata kerja. Menerusi beberapa buah buku yang saya baca, kata kerja selepas kata perintah tidak boleh ada imbuhan 'ber' dan 'me', namun imbuhan 'di' dibenarkan. Contoh :a) Jangan dibuang beg itu. b) Usah pijak rumput itu. Jadi, adakah ayat di bawah ini betul? a)Usah bermain di tepi sungai. b)Jangan bergaduh di sini. Harap tuan boleh beri penjelasan. Terima kasih. | 1) Kami setuju dengan pendapat puan, frasa yang betul ialah "sungguh indah nian". 2) Kata kerja dengan awalan imbuhan boleh hadir selepas kata perintah asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 256 dan contoh yang dipetik daripada buku tersebut ialah: Jangan berludah di sini dan Jangan berjaja di kawasan ini. | Tatabahasa | 04.08.2011 |