Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "Auto Select"? a) Auto pilih b) Pilih auto Terima kasih. | Selamat sejahtera. Perkataan "auto select" tiada dalam data kami. Dicadangkan sebagai "pilih automatik" | Istilah | 21.05.2015 |
Adakah "dipilih oleh saya" dan "dipilih oleh kamu"betul? Mestikah kita menukarkannya kepada "akan saya pilih" dan "akan kamu pilih"? | Ayat pasif dengan kata oleh adalah ayat pasif diri ketiga. Oleh itu, frasa yang batul ialah "akan saya pilih" dan "akan kamu pilih". | Tatabahasa | 20.02.2012 |
yang mana betul beda atau beza,sebarangan atau sembarangan | 1. Ejaan yang betul ialah beza. 2. Kedua-duanyabetul: sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. | Ejaan | 15.03.2013 |
Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Kedua-dua ayat tersebut betul. 1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni. 2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Tatabahasa | 04.06.2018 |
Pilih ayat yang betul 1. Aduhai,sakitnya gigiku yang berlubang ini! 2. Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. 3. Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. 4. David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi. Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk -------------pegetahuan. A. memperkembang B. mengembangkan C. memperkembangkan D. mengembang | Jawapan betul- No. 1 dan (b)
| Makna | 16.08.2016 |
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah. Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat di papan kenyataan sekolah. A Sudahkah diumumkan maklumat tentang pertandingan itu ? B Bagaimanakah kita dapat ketahui maklumat tentang pertandingan melukis itu ? | Ayat yang betul "Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat pada papan kenyataan sekolah". Manakala, soalan yang sesuai "Bagaimana kita dapat mengetahui maklumat tentang pertandingan melukis itu?". | Tatabahasa | 22.08.2015 |
Pilih jawapan yang paling sesuai. 1."_____ sedang beradu ," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. I Beta II Hamba III Baginda IV Tuanku A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Sekian, terima kasih. | "Baginda sedang beradu," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
Pilih jawapan yang betul. Syarikat telekomunikasi terkenal itu telah melabur berjuta-juta ringgit untuk ---- rangkaian perkhidmatan perhubungan ke seluruh negara. A mengadakan B melaksanakan C meningkatkan D menganjurkan | Jawapan yang betul "meningkatkan". | Tatabahasa | 06.08.2015 |
Pilih ayat yang betul.1 Air hujan yang lebat itu telah menenggelami seluruh kawasan kampung. 2 Sampah sarap yang bertaburan telah mengotori kawasan tanaman. 3 Saya tidak suka menyalahi orang lain jika berlaku kesilapan. | Tuan/puan, Jawapan ketiga yang betul. | Tatabahasa | 25.06.2015 |
Pilih satu jawapan yang betul. Guru Besar terpaksa ----- persatuan seni kerana jumlah anggotanya terlalu sedikit. A membatalkan B membubarkan | Dalam konteks ayat tersebut, membubarkan lebih tepat kerana salah satu daripada maksud membubarkan menurut Kamus Dewan ialah menghentikan atau menamatkan sesuatu. | Lain-lain | 28.06.2015 |