Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "Auto Select"? a) Auto pilih b) Pilih auto Terima kasih. | Selamat sejahtera. Perkataan "auto select" tiada dalam data kami. Dicadangkan sebagai "pilih automatik" | Istilah | 21.05.2015 |
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menilai penggunaan kata-kata di dalam seloka seperti dibawah : Handal bersembang, Ingar gemerencang, Selalu tunjuk belang, Walau banyak gebang, Ada gundik merangkap dayang, Deras ambil peluang, Inklusiviti penilaian akhirnya sumbang. Zaman multitugas, Ada yang berlaun. Ingkar metode asas, Tegas tambah elaun, Untung kaki kipas, Nanti semak akaun. (Nota : Seloka penceritaan tentang sikap seseorang yang suka bercakap besar, membuat penilaian berdasarkan sikap pilih kasih sehingga tidak mengambilkira peraturan yang sedang berkuat kuasa) | Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan untuk meng-e-melkan soalan ini kepada YBrs. Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui alamat e-mel syaidul@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Sastera | 01.08.2023 |
Pohon pandagan Visual papan tanda. Terima kasih. | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 17.09.2021 |
Mohon maklumbalas visual papan tanda perniagaan Terima kasih. | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 17.09.2021 |
Perkataan weeding process diterjemahkan ke dalam bahasa melayu yang betul. Adakah proses pilih buang? Terima kasih | Cadangan padanan bagi istilah weeding process dalam bahasa Melayu ialah proses memilih buang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 28.03.2025 |
Ini soalan latihan BM anak saya, tidak tahu hendak pilih jawapan apa? Walaupun perkara kecil tapi sungguh menggusarkan. Soalan: Sebelum tidur Asyraf akan ...... gigi. a. memberus b. menggosok c. mencuci d. membasuh Saya tidak tahu nak pilih yang mana a. ATAU b. Setelah semak dengan Pusat Rujukan Persuratan Melayu @DBP, keduanya adalah betul. Mohon jawapan. Terima kasih. | Sebelum tidur Asyraf akan memberus gigi. Memberus bermaksud membersihkan dengan berus dan dalam situasi ini ialah berus gigi. | Tatabahasa | 02.01.2012 |
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan | Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh | Tatabahasa | 18.03.2009 |
Minta semak visual papan tanda Design A Termasuk ejaan Jawi Terima kasih | Betulkan ejaan تيمور Sila buat permohonan papan permis perniagaan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 25.08.2021 |
Apakah maksud berikut: "Set and choose suitable network from the WiFi and network settings"? (konteks komputer/IT) Bolehkah jika ia diterjemahkan sebagai "Tetapkan dan pilih rangkaian/jaringan bersesuaian daripada tetapan WiFi dan rangkaian/jaringan"? Terima kasih. | Set dan pilih rangkaian yang bersesuaian daripada wi-fi dan pengesetan rangkaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2014 |
tuan boleh menunjukkan kami dimana hentak semak bahasa signboard untuk memohon lesen perniagaan di mpsj. terima kasih | Sila buat permohonan dengan melayari laman web https://dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 03.12.2020 |