Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukun | Selain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat. Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. Saudara boleh melayari pillar">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
1)loading bay 2)ramp 3)reeder pillar | 1)ruang punggah 2)tanjakan 3)peti pembekal | Istilah | 14.12.2011 |