Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Adakah 'pinout' boleh diterjemahkan kepada 'pin keluar' atau 'pinkan'? Jika tidak sesuai, mohon jasa baik pihak DBP untuk memberikan cadangan terjemahan yang sesuai. Maksud: Rujuk silang antara pin(komponen elektronik) Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Pinout Terima kasih. 'Pinout' boleh diterjemahkan kepada sama ada 'pin keluar' mahupun 'pinkan' mengikut konteks penggunaan ayat.Makna12.09.2019
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan Soalan: 1. Tarik picu pin Alat Pemadam Api (Pull the Fire Extinguisher pin) 2. Hala nozel ke dasar api (Aim nozzle at base of fire) 3. Ramas pegangan Alat Pemadam Api (Squeeze the Fire Extinguisher handle) 4. Sapu nozel dari sisi ke sisi (Sweep the nozzle from side to side) Page Title Ayat yang betul seperti yang berikut:

1. Tarik pin alat pemadam api.

2. Halakan nozel ke punca api.

3. Tekan picu alat pemadam api.

4. Layangkan nozel ke kiri dan kanan.

Tatabahasa19.08.2024
apakah penjodoh bilangan untuk pemadam papan tulis dan pin lencana Jalur Gemilang? terima kasih.Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi pemadam papan tulis ialah sebuah dan sebatang untuk pin.Tatabahasa18.04.2025
Adakah istilah Tenpin Boling, betul bagi menggambarkan permainan boling?Istilah yang betul bagi Tenpin Boling ialah Boling Sepuluh PinIstilah22.01.2019
Assalamualaikum, Apakah istilah sesuai dalam bahasa Melayu untuk aqua cycle? Ini berlainan dengan paddle boat. Contoh seperti di pautan yang disertakan. https://www.pinterest.com/pin/81909286947621725/ Terima kasih.Cadangan kami aqua cycle diterjemahkan kepada basikal air.Istilah20.04.2018
salam saya membuat semakan di kamus dwi bahasa oxford fajar edisi ke 5 yang membawa maksud leadership adalah kepimpinan. tetapi menurut DBP edisi 4 leadeship membawa maksud kepemimpinan. yang manakah sepatutnya digunakan?Kedua-dua istilah  iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership".   Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan bermaksud keupayaan (kebolehan, pen­capaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-­tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemim­pin.Istilah12.11.2016
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk “Burung Dove” melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan.Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih.Lain-lain24.11.2008
Pengertian Kesusasteraan Melayu dalm konteks pembelajaran sekolah menengah atas?

Subjek Kesusasteraan Melayu ditawarkan di sekolah menengah atas adalah untuk membina negara bangsa yang merangkumi jati diri bangsa, tamadun bangsa, nilai-nilai murni, elemen perpaduan antara ras dan etnik, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dalam karya kesusasteraan tedapat unsur-unsur seperti hiburan, falsafah, ilmu pengetahuan, keindahan, nilai-nilai murni dan sebagainya. Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik pembinaan negara bangsa, saudara disarankan supaya membaca Dasar Pendidikan kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Dasar Pembangunan Wawasan. 

Lain-lain13.04.2008

Kembali ke atas