Ribuan terima kasih atas jawapan terperinci yang diberi. Sebenarnya soalan ini keluar dalam peperiksaan percubaan UPSR Pulau Pinang pada 8/7/2014. {__________ lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat.} Diberi empat jawapan pilihan. Anak saya memilih "apakah", tetapi jawapan yang diberi oleh cikgu sekolah ialah "apatah". (tetapi soalan tiada tanda soal di belakang. kalau kita guna apatah memang salah sebab apatah bermaksud apalagi, tetapi soalan sudah ada perkataan 'lagi') Tujuan saya ialah mengajar yang betul dan tepat kepada generasi muda kita. Apakah cara yang ada untuk saya rujuk kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang mengenai jawapan kepada soalan ini ? Apakah sumber atau personel yang boleh menolong saya dalam hal ini ? | Pada pandangan saya, soalan yang dikemukakan agak mengelirukan. Sekiranya jawapan "apatah", adalah tidak tepat kerana berdasarkan maksud "apatah" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah "lebih-lebih lagi" atau "apalagi". Perkataan "apatah" banyak digunakan dalam puisi seperti pantun, syair dan sebaginya. Begitu juga dengan "apakah", iaitu kata tanya yang bermaksud pertanyaan tentang sesuatu perkara yang biasanya ditandai dengan tanda soal (?) di penghujung ayat. Berdasarkan soalan tersebut, "apakah" ialah perkataan yang sesuai, tetapi tiada tanda soal pula di penghujung ayat. Sekian. | Tatabahasa | 15.07.2014 |
salam sejahtera. saya tertanya-tanya bilakah agaknya DBP mahu anjurkan sato seminar atau kursus menulis novel untuk muda-mudi kita. hal ini kerana, hari ini, begitu ramai remaja mahu mendekatkan diri kepada bahan bacaan seperti novel. | DBP menganjurkan bengkel Minggu Penulis Remaja(MPR) pada setiap tahun. Bengkel ini membimbing peserta remaja berumur 18-21 tahun dalam penulisan novel, puisi dan cerpen. Syarat untuk peserta ialah karya mereka pernah tersiar dalam mana-mana media massa. Sila layari laman web DBP untuk tawaran mengikuti bengkel ini atau hubungi Puan Zeti Aktar binti Jaffar untuk keterangan lanjut. Untuk bengkel, kursus atau seminar lain untuk remaja yang diadakan di DBP dari semasa ke semasa, sila rujuk laman web DBP atau pejabat DBP di Johor(07-236 5588), Kelantan(09-741 4902), Pulau Pinang(04-537 7242),Sabah(088-439 260) dan Sarawak(082-444711). | Lain-lain | 21.05.2010 |